Sabtu lepas aku ke rumah Tuan Pegawai Daerah Pontian, untuk rakaman video perkahwinan anak lelaki beliau, En. Farid dan pasangannya Nina. Bagi majlis yang sebegini besar, memang terasa satu cabaran baru untuk aku kerana perlu melaksanakan tugas dengan pattern dan corak kerja yang agak berlainan dari kebiasaan. Hujan yang sesekali lebat turut menguji kebolehan dan kemampuan untuk menguasai rakaman keseluruhan majlis. Coverage kali ini turut mempunyai banyak peristiwa dan keistimewaan. Antara lain, termasuklah kehadiran Sultanah Johor iaitu YMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Pada peringkat awal, aku dengar DYMM Sultan Johor juga akan turut hadir. Mungkin ada sebab-sebab tertentu barangkali. Memang ramai tetamu jemputan yang hadir pada hari tersebut, walaupun dalam cuaca yang tak menentu itu. Majlis akhirnya berlansung dengan suasana yang menarik lagi meriah.
Kek pengantin setinggi 2 tingkat tersedia sejak awal lagi. Untuk mematuhi protokol, pengantin perlu meminta izin untuk bangun ke meja hidangan kek, memotong kek dan juga apabila ingin duduk kembali ke meja santapan. Antara etika lain berhubung gambar/video yang aku difahamkan, ialah kita tidak digalakkan mengambil gambar ketika Sultan / Sultanah atau orang2 kenamaan sedang menjamah hidangan dalam sesuatu majlis ...
Official photographer tak lain tak bukan otai Johor, Saluddin Ismail Capturepix dengan teamnya. Bekerja dengan Din, macam biasa la, mesra alam tapi cekap. Disebabkan dah kenal lama, sesekali Din turut membantu aku serba serbi, sebab dia tahu aku kepenatan terutama bila dah sampai ke penghujung majlis..
2 orang lagi photographer membantu ialah Hakim Saleh & Ridzwan... memang tambah menarik lah kerja kerja kali ini, sebab Hakim tu pandai membentuk pose pengantin, manakala Ridzwan cekap berada di lokasi lokasi strategik tatkala keperluan terhadap foto diperlukan.
Ridzwan, Hakim dan JekvideoSeperti biasa, selepas menghabiskan rakaman penggambaran di kediaman pengantin, kami meneruskan sesi outdoor shoot di Sg. Rambah, satu tempat yang agak menarik di area Pontian ini. Sg. Rambah merupakan tempat kawan2 aku (Yus & Aizec) memperolehi gambar foto sunset terbaik di Negeri Johor kerana di masa2 tertentu, matahari akan kelihatan seolah terbenam ke dalam laut dengan cahaya merah dan keemasan langitnya yang memukau. Cuma pada hari tersebut, warna langit tidak banyak membantu..
Sayang sekali, jeti yang menghala ke laut itu telah terputus dan rosak.. Titiannya kini telah berlubang lubang dan amat merbahaya. Tapi demi foto & videografi, kami dan pengantin kentalkan diri demi memperolehi shot2 yang menarik untuk mengekalkan nostalgia hari perkahwinan pasangan tersebut. Malah pasangan Farid dan Nina mungkin mengingati detik detik penggambaran ini lebih dari hal-hal yang lain kerana kemesraan dan gelak manja jelas terpancar dari wajah mereka berdua.
Sayang sekali, jeti yang menghala ke laut itu telah terputus dan rosak.. Titiannya kini telah berlubang lubang dan amat merbahaya. Tapi demi foto & videografi, kami dan pengantin kentalkan diri demi memperolehi shot2 yang menarik untuk mengekalkan nostalgia hari perkahwinan pasangan tersebut. Malah pasangan Farid dan Nina mungkin mengingati detik detik penggambaran ini lebih dari hal-hal yang lain kerana kemesraan dan gelak manja jelas terpancar dari wajah mereka berdua.
Setelah puas bergambar, akhir sekali, pengantin diminta memberi gaya bersahaja di celah-celah lalang hijau dan kuning bagi memberi contrast pada gambar dan video. Boleh aku katakan mereka berdua teramat sporting dan memberi kerjasama penuh untuk apa juga scene yang diperlukan.
Walaupun begitu aku seringkali memahami, kita tidak boleh terlalu mendesak terhadap keperluan shot yang kita sendiri inginkan, walaupun atas tiket nak video cantik, demi menghormati keletihan dan kelelahan pengantin. Dan memang itulah yang sering berlaku.
Kalau begitu, plan B ku selalu digunapakai, iaitu cukup sekadar shot candid-candid tapi pastikan ianya menarik. Itupun bukan senang juga nak buat. Memandangkan hari pun dah semakin gelap, kami mengakhiri rakaman di jambatan gantung di situ... Selamat pengantin baru untuk mereka berdua ...









