Tuesday, February 21, 2012

Jek Video Ke Facebook


Bermula 2012, menyaksikan pembabitan saya
(tak mahu pakai 'aku' lagi lah) dalam industri Video Perkahwinan Johor semakin rancak dan gemilang. Banyak cerita yang dah tak sempat di tulis di sini. Fokus saya lebih kepada perancangan, rakaman, post processing dan delivery of product secara lebih intensif. Alhamdulillah, dengan formulasi `workflow video' dan 1001 kaedah ciptaan sendiri, saya belum pernah terlewat menghantar video perkahwinan kepada semua client saya.

Bagi yang tidak mengetahui, Videografi Perkahwinan (Wedding Video), sebenarnya punyai banyak kepayahan dan rintangan seandai kita terus ceburi bidang ini tanpa ilmu, perancangan, kemampuan dsb. Justeru itu, tidak hairanlah terdapat segelintir videographer videografer baru yang kecundang kerana menyangka bidang ini amat mudah diteroka disamping menghasilkan pulangan yang baik.

Hasil dari info yang diberi oleh client, rakan-rakan fotografi dll, terdapat perkara yang menyedihkan berlaku seperti:-

1. Videographer (videografer) yang telah ditempah, gagal menyiapkan video perkahwinan mereka dalam masa yang dijanjikan.

2. Videographer mereka, datang shoot majlis dengan kamera yang tidak professional sama sekali.

3. Videographer mereka hilang atau dengan sengaja, ada niat menipu pelanggan. Saya sendiri pernah dipelawa mengambilalih tugas menggantikan videographer ini. Namun, kaedah bisnes saya bukan semudah itu. Saya sering berkomunikasi lebih awal dan dalam banyak cara dengan client saya, sebelum majlis mereka di adakan lagi.

Ok, cerita panjang dah tak sempat. Bagi komunikasi dan hubungan yang lebih interaktif, saya kini semakin aktif di Facebook. Sila lah 'add friend' dengan saya. Terima kasih.

Ikhlas,
JEK
Video & Sinematografi Perkahwinan Johor Bahru.
013-7308095

Wednesday, December 7, 2011

Jek Video Ke Tmn Perling


Di luar bangunan AZ Bridal, hendak bergerak ke Dewan Mawar..

Rakaman video Pernikahan di rumah Azlin di Taman Perling telah selesai. Persandingan mereka - Azlin & Hanif di Dewan Mawar, JB juga telah selesai. Yang belum selesai, editing video aku...

Maka seperti biasa bergiga-giga bytes lah rakaman video masuk dalam banyak keping SD-card class 10 aku, lalu kemudian membuak-buak lagi menjadi tak terkira gigabytes nya bila di uncompress ke dalam editing. Maka menjerit-jerit lah mesin edit aku memproses datavideo fullHD mengandungi footages cantik-cantik yang telah dicapture.

Aku memang selalu advice pengantin, proses editing selalunya mengambil masa antara 1 hingga 2 bulan, bergantung juga kepada bentuk majlis dan corak rakaman yang dikehendaki. Kebiasaannya target itu dapat dipenuhi.

Client aku memang faham, nakkan editing yang memberi lebih impak dan evergreen, memang perlu banyak masa. Video tak macam buat masakan. Video sentiasa perlukan inspirasi, motivasi dan feel.. Sebab itu, aku selalu menghayati cerita yang aku rakam tu dengan mendalam.

Jek & crew...

Aku dah mula guna 'Kessler Crane' bagi kebanyakkan coverage aku. Itupun setelah agak lama kecek-kecek dengan sahabat/idola aku Fauzee dari Manggis. Dia akhirnya bersetuju jual Kessler Crane tersebut dengan harga yang paling best dalam sejarah aku. Ditambah krew Jekvideo yang sentiasa setia, bantuan mereka dalam penghasilan video yang cantik amatlah disanjung tinggi.

Salah satu 'crane-shot' bagi visual meja santapan pengantin..

Kini memang kegilaan kami lah untuk crane-shot ni.. thehe.. Cuma benda ni tak lah semudah yang di sangka. Ianya amat berat dan agak merbahaya, dan perlu dikendalikan oleh krew berpengalaman. Takut kena kepala tetamu atau kamera terhempas. Namun visual yang terakam dari teknik ini amat sukar nak dinafikan kecantikkan dan keberkesanannya.. thehe

Thursday, December 1, 2011

Jek Video Ke Felda Bkt Besar

Aku suka shoot style ni, cuma make sure cermin bersih.. thehe

Selepas tarikh special untuk Faizal / Nazirah pada 11/11/11, coverage video perkahwinan aku seterusnya adalah untuk pengantin Noraya & Mohd Muiz.

Mohd Muiz datang dari Selangor. Justeru itu, tak pasti samada dia biasa atau tidak tentang 'tol' di Johor ni. Tol tol semasa perkahwinan di Johor ni kadang agak dahsyat. Namun, sepanjang aku cover video kahwin di Johor ni, belum lah ada insiden bergaduh ke, merajuk ke, marah-marah ke dsb. Kebanyakkannya, nampak aja gamat dan ganas, tetapi peserta-peserta tol ni semuanya friendly bila keluarga belah pengantin lelaki kenal mereka dengan lebih dekat.

Contoh aksi `ganas' tapi lawak yang riuh rendah, macam orang bergaduh, sampai jalan jem, dan menggamatkan suasana adalah seperti gambar di bawah. Kon jalanraya turut digunakan kononnya sebagai tabung. Mereka minta dan suruh keluarga belah lelaki isi sampul duit dalam 'tabung' tersebut... memang lucu giler...

Jangan main2 ngan belia Felda, kon pun jadik!... thehe..

Pesanan aku untuk sesiapa yang terlibat, jangan lokek bawa sampul banyak-banyak. Isi je walaupun dengan nilai yang kecil, itu tidak mengapa. Petugas tol ni lagak hanya untuk fun fun je, apatah lagi jika mereka tahu, aku ada cover video di situ.. haha...

Road block & Tol - lumrah biasa dalam weddings di Johor..

Walaupun suasana agak 'tegang' seketika, tapi kepandaian wakil pengantin lelaki bermain kata-kata, serta gerak geri body language beliau, berjaya melepaskan pengantin lelaki dari halangan , sekaligus membuat majlis Noraya ini amat happening ... thehe




Friday, November 18, 2011

Jek Video Ke Tmn Munsyi Ibrahim


11.11.11
Tarikh Power Nazirah & Faizal

Pernikahan Nazirah & Faizal berlansung pada tarikh paling power iaitu 11.11.11. Sudahlah tarikhnya power, majlisnya pun teramatlah power. Punyalah power, sampai aku nak cerita pun dah tak berapa boleh sangat, kerana power dah habis... haha..

Kenangan rakaman paling power, bilamana aku menge-shoot konvoi motosikal Harley Davidson mengiringi kereta comel pasangan pengantin ke Dewan Jubli Intan JB ketika hari bertandang sebelah lelaki.

Kalau tabung angry-bird anak aku dah penuh,
nak pinjam beli moto, boleh join geng Faizal.. thehe

Memang seronok dapat pengantin macam Nazirah & Faizal. Semuanya berjalan baik dan lancar sejak dari awal lagi, sampailah ke penghujungnya. Kalau dah tak bizi, nak sambung cerita dan gambar....



Tuesday, October 11, 2011

Jek Video Ke Mutiara Rini

(Replika Masjid) - Tempat Pernikahan berlansung..

Cerita pengalaman Jekvideo seterusnya ialah bagi coverage video nikah & sanding bagi Mitra & Radhi. Pernikahan berlansung di Masjid Taman Mutiara Rini, manakala Persandingan di adakan di Dewan Tun Dr. Ismail atau lebih dikenali dengan Dewan Tarom. Selepas nikah, sedikit majlis sederhana di buat di rumah pengantin perempuan iaitu Mitra di Taman Seri Orkid, Skudai.

Bestnya dapat hadiah sebegini..

Majlis persandingan keesokan hari nikah rupanya di serikan lagi dengan kehadiran Y.M.M Sultanah Nora. Mitra dan keluarga cukup bebesar hati dan gembira dengan kehadirannya. Beliau turut berkenan memberikan cenderahati / hadiah untuk pengantin. Gambar dan cerita lain belum sempat aku papar dan ceritakan kerana perlu berkejar pula menyelesaikan beberapa perkara penting hari ini...

Nantilah ya....

Monday, October 3, 2011

Jek Video Ke Kempas Baru


A. Aziz, orangnya sempoi dan bersahaja,
gelagatnya lucu, tapi jujur dan hormat
pandai mengambil hati tua, juga yang muda
patutlah isterinya Zue amat terpikat.. haha

Last week, coverage Jekvideo adalah untuk Zuraiha & A. Aziz. Mereka berdua sungguh unik. Jarang aku jumpa karakter seperti mereka. Kelakar habis. Riang gembira. Apa saja, semua boleh, semua positif, semua sukses. Akhirnya memang satu rakaman video yang agak hebat lagi berjaya, kembali indah memorinya nanti, untuk mereka juga..

Tersangat menarik tentang pengantin perempuan yang kini bergelar 'Puan' Zuraiha itu, ialah beliau seorang yang cermat, berdedikasi, jimat dan pandai membuat pelamin, dekorasi dan banyak lagi untuk majlis perkahwinan beliau sendiri. Teramat menarik, ialah beliau dan suami memperuntukkan budget yang agak sesuai dan lebih priority untuk Video dan Foto. Ini sungguh kelasss ... thehe.

Dengan bergandingan bersama Rushdi @ Didiz dari Fotokahwin, juga Adzrin @ Tenno yang merupakan kawan baik A. Aziz, kira lengkap jugalah apa yang di amanahkan untuk kami.

Kemuncak majlis ialah penyertaan berpuluh-puluh kereta Honda Jazz, mengiringi kereta pengantin lelaki. Berbeza kerana, selalunya aku shoot konvoi motosikal besar, kali ni kereta pulak. Mereka punyai club kereta rupanya, so ramai rakan2 dari KL, Pahang, Kelantan, Johor dll menyertai gerombolan.

Pasangan ini juga punyai rahsia tersendiri, kerana wedding mereka merupakan satu 'surprise @ kejutan' kepada rakan-rakan lain. Dalam senyap dan diam, Zuraiha & A. Aziz sebenarnya telahpun menjalinkan perhubungan sejak sekian lama, namun ini tidak diketahui rakan, sungguhpun mereka semua selalu bersama. Sedar sedar bila mereka semua dapat kad undangan.. Fuyoo.. Patutlah semua nak hadir...


Sebahagian dari 50 bijik Honda Jazz yg tiba mengiringi pengantin.
Jalanraya sesak seketika hingga beberapa ratus meter..

Keadaan kucar kacir jugak bagi pasukan rela yang mengawasi jalanraya di situ, kerana memang agak sukar bilamana konvoi berpuluh kereta datang serentak, tak tahu nak parking di mana kerana kawasan sudah penuh. Sungguh pun demikian, akhirnya settle juga disamping dapat pemandangan menarik melihat deretan kereta comel dgn kepelbagaian warna memikat.

Crane shot tatkala berpuluh kereta dari club Honda sedang lalu...

A. Aziz memang kuat berseloroh, sejak dari aku kenal / jumpa dia, ada sahaja gaya yang dibuat. Mak mertua dia sampai tak kering gusi melihat gelagat happynya itu. Dalam ramai-ramai pengantin yang aku cover, rasanya A. Aziz dan Zue ni macam enjoy betul di hari perkahwinan mereka. Tiada stress kerana environment 'kampung' yang terdapat di situ. Rumah ibu Zue pula memang rumah pusaka, dengan bentuk asal tetapi dicat baru. Tingkap nya tinggi dan boleh dibuka luas, sekaligus menjadikan sinematografi (kahwin) aku macam drama / pilem juga.. puas hati ..


Merpati berbaju putih dua sejoli, selepas nikah.
Dikelilingi rakan dari pelbagai bangsa

Zue & Aziz, mintak maaf ye, abang Jek makan nasi dan lauk tu, amat banyak dari biasa.. sedap sangat lah.. Dapat stok seminggu mesti best ek.. tak jemu punyalah.. thehe..

Thursday, September 22, 2011

Jek Video Ke Kahang


Memanfaatkan peralatan untuk shooting sawah yg indah..

Sebab kesibukan, aku lupa pula nak selit sikit2 gambar2 menarik untuk coverage wedding yang lepas. Lama2 terlupa hinggalah diupdate blog ni kembali untuk kisah pengalaman selanjutnya.

Sebaik menyepi sekejap kerana Ramadhan al Mubarak, minggu lepas aku memacu kenderaan penuh dengan peralatan video ke Kahang. Kahang ini terletak di daerah Kluang. Sesiapa yang bertolak ke Mersing dari Kluang, pasti akan melalui tempat ini. Dan kalau tak perasan, tentu tak ramai yang tahu adanya sawah padi di sini.

Sungguhpun di sini, pokok padinya masih kecil, aku masih dapat manfaatkan coverage video bagi pasangan Rashidi dan Haslinda, dengan meng'include'kan sekali scenery sawah padi, dan lakonan mesra, hampir sama seperti yang aku bincangkan melalui email dengan mereka. Rashidi akhirnya dapat meminjam 2 unit basikal budak kampung untuk melengkapkan pengolahan cerita kami.


Memberi arahan kpd. Rashidi, sejurus Linda menghentikan basikalnya..

Aku rasa ini satu coverage video paling mendamaikan jiwa aku sepanjang berkarier. Kehijauan sawah terbentang luas, dengan aliran air dari taliair di tepi sawah, pemandangan segelintir anak-anak memancing, mengingatkan aku kembali pada zaman kanak2 aku di mana aku memang kaki terjun parit/taliair di sawah dengan sepupu di Kundang, Teluk Rimba Muar. Berlawan renang dengan ikan puyu dan sepat, bermesra dengan kerbau yang ingin berenang ke seberang sungai, mencicit lari dikejar ular tedung dan banyak kenangan lagi.. cewah.. thehe

Kebiasaannya, ada sahaja stress yang dialami bila shoot video kahwin, (bukan senang woo), tapi di sini, aku kurang rasa stress, sebab happy barangkali, walaupun peluh menyimbah sehingga tuala boleh diperah. Alhamdulillah. Rasa macam nak selalu dapat shoot video kahwin di kampung-kampung.. thehe...

Shidi, telefon kau berdering tu ... haha...

Akhirnya, dengan perancangan yang dibuat melalui komunikasi virtual dengan kedua pasangan ini, serta cuaca yang diizinkan Allah, kesemua penggambaran termasuk coverage persandingan dapat disempurnakan dengan baik. Masa potong kek aje hujan turun selebat-lebatnya, menyebabkan air mengalir membasahi kaki meja (dan kasut aku .. thehe)