Gambar captured terus dari camcorder aku sendiri, bukan dslr .. hehe .. click untuk besarkan
Kali ni aku nak sambung bercerita pasal warna. Dalam contoh di atas, aku dapati pengantin terbaru aku (Wajihan & Syafik), seperti juga pengantin2 yang terdahulu, memang pandai memilih warna.
Wajihan ni memang berani kerana memilih warna baju ala kebaya dari kain lace berwarna hitam, pada majlis belah lelaki. (ntah betul ke tidak aku cakap kebaya tu.. main bedal je hehe)
Kainnya pula berwarna kuning terang dan ada tenunan songket ditengahnya. Beliau mengenakan kain tudung nipis berwarna kuning, tapi kadang nampak kehijauan. Bila dia berdiri / berjalan / duduk dipelamin, dominasi warna kuning dari kainnya akan lebih kelihatan, spontan, akan menarik penglihatan mata kita kepada dirinya (yg jadi ratu sehari tu). Tambahan pula, kain tersebut agak labuh dan panjang di bahagian belakangnya. Memang menarik!!... Syafik pula, kemas dan hensem dengan kot hitam dengan bunga kecil di kocek dada.
Warna persekitaran pilihan pula ialah coklat tua, coklat muda, cream dan putih. Secara peribadi, aku asalnya memang tak suka warna ni, tapi di majlis ni, persepsi aku jadi lain pulak.. hehe.. Ini kerana, tiba-tiba aku merasakan :-
1. Pengantin lebih menyerlah dan mudah menjadi tarikan. (Itulah yang penting sebenarnya, kita tak mahulah orang tengok baju tetamu jemputan lebih dari tengok pengantin.. haha)
2. Pengantin nampak begitu cantik, kelass, dan begitu anggun sekali.
3. Ke mana pun mereka pergi, mata cepat tertumpu dan beralih kepadanya. Sekali imbas kelibat mereka pun, otak kita begitu cepat menghantar isyarat, "itu pengantin"...
Itu antara ciri warna yang aku dapat rasai kesannya. Sekadar pandangan ikhlas dan lebih bersifat peribadi. Individu lain, mungkin berbeza penilaianya. Hehe
p/s - Ini belum cerita kepandaian mak andam darihal solekan.. patutlah certain orang begitu cerewet memilih / berbicara soal solekan.. (gambar di atas aku ambil selepas habis majlis, sekitar jam pukul 5 pm gitu, warna solekan masih kekal, malah tidak pudar pun... terer nyer.. hehe)