Tuesday, July 10, 2012

Jek Video Ke Jalan Draper

Ketika pengalaman ini di tulis, shooting video perkahwinan untuk pernikahan dan persandingan Sofia dan Tifla telah pun selamat di lakukan.  (Suntingan je belum.. thehe). Untuk sesi kali ini, saya menurunkan seramai 4-5 orang pembantu, kesemuanya fokus hanya kepada rakaman video sahaja.  Oleh sebab majlis nya besar dan perlu jaga bab protokol dan budaya, kami kesemuanya berbaju melayu, lengkap bersampin dan bersongkok.

Sofia dan Tifla, keduanya amat baik dan peka dengan pekerjaan saya ini.  Alhamdulillah.  Dengan itu, senang lah untuk kami bekerjasama.  Namun begitu, dalam sejarah rakaman video kahwin di Johor ini, belum pernah saya saksikan acara berbalas pantun yang begitu menarik, berseni, dengan setiap rangkap yang dikeluarkan, memberi maksud yang tajam tapi jelas, yang berlansung dengan jangkamasa sedikit panjang.  Namun begitu, pelbagai suasana terjadi seperti ceria, senyap, berfikir, tertawa, lucu jenaka, semuanya ada.  





Balas membalas pantun, rasa nak join jee berpantun sekali

Hanya selepas upacara berbalas pantun dan persembahan barangan / hantaran, baru lah aqad nikah dijalankan.  Dengan sekali lafaz Tifla sah menjadi suami Sofia yang cantik itu.  Mereka berdua amat sporting dan memang mahukan video (dan foto) menjadi pelengkap rakaman majlis gilang gemilang mereka pada hari itu.  Justeru itu, apa bila diminta bergambar di mana sahaja, mereka bersetuju dan menurut.




Jekvideo dan Trisno - gandingan mantap

Kalau minggu lepas, saya 'berentap' dengan Azmeir dari EK photography - rakan fotografi saya yang dah lama tak bertembung, kali ini pun, saya 'berentap' dengan Trisno dari Trisno Photography - juga dah lama  tak berjumpa untuk tugasan bersama.  Kali ini, rupanya Trisno membawa bodyguard dia, Azwan yang juga baru beberapa minggu dulu, kami berentap di Kota Tinggi.





Sofia dan Tifla memberi pose kepada Trisno

Kami cukup gembira jika pengantin yang hire kami, mudah memberi pose atau apa sahaja reaksi samada spontan, mahupun terancang, dalam banyak keadaan rakaman.  Ini pasti memberi lebih impak dan cantik pada video mereka juga.  




Antara tetamu paling penting hari itu



Disebabkan ayahnda Sofia seorang yang dikenali, tetamu jemputan telah hadir dengan begitu ramai sekali.  Masing masing berpusu pusu hadir sama, bagi memeriahkan majlis ini, apatah lagi makanan dan tempat duduk disediakan dengan keadaan yang agak selesa.  Hujan sekejap lebat, sekejap berhenti turut tidak mematahkan semangat tetamu untuk datang




Senyuman manis pasangan untuk kamera-fon saudara terdekat

Biasanya, di hari perkahwinan pengantin lah, gambar-gambar terbaru mereka dapat diperolehi dan disimpan untuk kenangan.  Kemudahan terkini, dengan hanya handphone tertentu, sedara mara dapat menyimpan gambar orang tersayang mereka untuk memori dan simpanan, walaupun tidak lah secanggih dan hebat kualiti gambarnya berbanding jurukamera / juruvideo berbayar..

Yang pasti, keunikan rakaman kali ini ialah, di samping shooting video biasa, permintaan pengantin untuk saya membuat coverage 'Live Feed' serentak ke beberapa unit Plasma TV di beberapa lokasi khemah, juga dapat disempurnakan.  Terima kasih untuk sahabat saya Sulaiman dan Omar, yang turut membantu, pada hari sebelumnya.  

Untuk crew saya, Enry, Ellis dan Fitri - terima kasih juga kerana memberi kerjasama yang baik, bagi menyelesaikan tugasan paling besar tahun 2012 ini.  


1 comment:

  1. Ala susah susah je sebut name kita abg jek ni.... Malu kite.... Hehheeheh

    ReplyDelete