Monday, June 27, 2011

Jek Video Ke Ulu Tiram


Budi & Siti dihujani air ..

Belum pernah lagi aku lihat pengantin disimbah air. Itulah yang berlaku pada coverage Majlis Perkahwinan aku yang lepas .. thehe..

Rakaman video pengantin untuk Budi dan Siti bermula dengan keadaan yang menyukarkan. Hujan turun begitu lebat di awal pagi, tatkala aku masih lagi sedang memandu untuk ke rumah mereka. Mulanya rasa agak sedih, kerana menganggap ia satu kesulitan untuk kerja-kerja video. Namun, secara tiba-tiba aku rasa insaf & beristighfar panjang, setelah sempat memikirkan ianya adalah hak mutlak Ilahi. Jangan sesekali disentuh, apatah lagi dipertikaikan. Ok, Setelah beberapa ketika berada di rumahnya, hujan pun berhenti.

Persembahan zapin yang kemas dan menarik

Boleh dikatakan, coverage hari tersebut akhirnya mencapai kesempurnaan. Dengan usaha gigih yang dilakukan, tiba tiba aku merasa amat seronok hinggalah sampai ke penghujung majlis. Disamping dapat makan makanan sedap dengan aman dan puas, gelagat keluarga Budi amat menceriakan dan menggelikan hati. Kesemua adik beradiknya saling membantu dengan mempamerkan kerjasama yang begitu erat dan mesra. Kebanyakkan tetamu ceria dan gembira kerana DJnya pun best, ditambah beberapa persembahan zapin oleh adik-adik yang cute lagi comel.

Best betul cara ucapan unik dari sebahagian adik beradik..

Sebenarnya pakej video aku ni disponsor oleh abang sulung Budi iaitu En. Din. Dan masing masing adik beradik mereka yang ramai ini, ada bahagian 'sponsorship' mereka masing-masing. Lihat sahaja la baju di atas. Baju ala-ala korporat yang menarik dan kemas. Siap stitch nama pengantin sebagai kenangan.

Ucapan mereka pula memang betul betul mengelikan hati, sehingga aku tak mampu menahan tangan yang sedang memegang videocamera dari bergegar sedikit kerana ikut sama ketawa terbahak-bahak.

Diakhir majlis, mereka membisikkan sesuatu agar aku tidak dekat sangat dengan Budi & Siti, kerana khuatir kameravideo aku basah dek simbahan air. Aku dah menjangka, insiden ini pasti best. Memang best pun dan kesemua di situ termasuk ibu Budi ketawa. Paling hebat, Budi & Siti tak marah pun, sebaliknya turut tertawa dan senyum.

Aku khuatir juga, kerana air tu ada dicampur ais. Takut gak si Budi & Siti ni demam. Tapi kalau demam pun, demam pengantin baru tuuu namanya.. (Dapat info, mereka sihat wal'afiat akhirnya)..

0 comments:

Post a Comment