Monday, June 13, 2011

Jek Video Ke Orchard Golf and Country Resort


Hiasan sebegini kelihatan lebih cantik dalam video..

Majlis resepsi Nana & Hairul di buat di Orchard Golf & Country Resort. Punyalah ramai tetamu yang hadir. Itulah sebabnya dari awal lagi, aku dah buat persediaan dan deal untuk videocamera tambahan. Kerana kalau guna 1 video, memang tak akan tercover majlis tersebut, dimana hasilnya tentu la akan 'kurang' sikit dimata pengantin dan keluarga mereka.

Sebab itu, rakan-rakan video aku yang lain, khususnya di KL, selalu consult client mereka dengan bertanyakan bentuk dan saiz majlis mereka. Ini bukan kerana suka-suka nak caj lebih, tetapi adalah kerana dapat merancang shots dengan kepelbagaian angle, kreativiti dan suasana rakaman yang lebih menyeluruh dan seronok lagi puas ditonton kembali.

Keluarga terdekat berehat menantikan persiapan pengantin..

Yang menarik pada perkahwinan zaman kini, ahli keluarga kebiasaannya memakai pakaian yang hampir sama. Ini membolehkan kita (khususnya videographer) membezakan para jemputan dengan family members. Nak buat sesi temuramah pun ternyata lebih menyenangkan.


Pengapit dan rakan bergambar sama ..

Nana dan Hairul mempunyai pengapit yang cukup berdedikasi dan bertanggungjawab. Memang nampak benar layanan pengapit mereka yang bagus itu, menjadikan mereka betul betul macam Raja & Ratu - walaupun sehari.


Outdoor pun perlu dibuat teliti, agar nampak kemas, pro & menarik..

Selesai majlis, outdoor shooting dijalankan. Selalunya aku masih mengambil sikap berhati-hati tatkala membuat shooting outdoor ini, kerana banyak aspek yang perlu dititikberatkan, menjadikan ianya tak semudah yang disangka. Kalau nak kerja senang, kita pakai konsep 'belasah' sahaja, tetapi selagi boleh, aku merancang shots aku sendiri agar ianya hidup, bertenaga dan ceria dengan menitikberatkan teknikal rakaman tersebut.

Untuk itu, cara posing, kekemasan langkah, cara pengantin berkomunikasi, berpelukan, berpegang tangan, surrounding, environment, semuanya diperincikan dan diperhalusi detail, sejurus sebelum aku menekan butang `record' lagi. Dengan cara ini, pengggambaran akan nampak lebih sempurna dan baik...


0 comments:

Post a Comment