Thursday, June 9, 2011

Jek Video Ke Alaf Country Club



Nana .. di halaman rumah, selepas pernikahan ..

2 minggu lepas, aku cover majlis pernikahan dan persandingan bagi Nana dan Hairul. Majlis mereka agak besar juga, so aku telah gunakan 3 peralatan rakaman. 2 unit camcorder dan 1 unit lagi kamera hdslr atau ada rakan panggil vdslr. Kesemuanya format HD. Normally aku gunakan kamera hdslr ini untuk dapatkan serba sedikit 'creative shots' aja, kerana keterbatasannya. Untuk cover majlis penuh yang padat, long recording hours, audio capturing yang best-best, aku tetap memilih untuk memakai camcorder hd aku. Cuma bila dah pakai banyak alat ni, kerja-kerja editing lagi menjenuhkan lah, tapi tetap seronok.

Sungguhpun semasa pernikahan, Nana amat sedih kerana terharu dengan bacaan taklik, beliau sebenarnya gadis yang ceria. Tambah ceria bila beberapa orang rakannya sentiasa menemani sepanjang masa. Menyedari perkara ini, aku mengambil kesempatan untuk buat sesi outdoor ringkas pada petang hari pernikahannya ke tempat paling terbaik tapi amat mudah sekali yang aku pernah buat, iaitu hanya di halaman rumah Nana. Sebenarnya halaman rumah Nana amat luas dan menghijau sekali. Itu yang best tuu..


Nana dan rakan yang sentiasa menemani dalam satu
pembikinan mini videoclip..

Dari aksi sorok menyorok, berlari-lari anak, berkejaran, berkumpulan, hinggalah melompat-lompat, semuanya digayakan oleh rakan-rakan Nana dengan penuh kegembiraan. Mahu sahaja rasanya aku pun melompat sama. Tambah menarik, aksi lompat ni boleh 'difreeze' kan ke dalam video mengikut kreativiti atau rentak lagu yang dijalinkan. Kebetulan pula, lagu yang aku edit untuk clip video mereka ni, memang agak menarik dan segar...


Berlari, berkejaran, lompatan, semuanya untuk keceriaan Nana..


Menyoroti kembali detik-detik sebelum pernikahan Nana, satu majlis khatam al Quran telah diadakan. Sebaik selepas majlis khatam selesai, hujan turun dengan begitu lebat sekali. Hujan reda seketika dan rombongan pengantin lelaki tiba, di dahului tuan imam. Majlis nikah dimulakan dan sebaik lafaz taklik semua selesai dibacakan, hujan turun semula dengan lebih lebat.. Apapun, ini semua rahmat dari Ilahi. Kesemua bersyukur kerana majlis dapat disempurnakan dengan begitu baik sekali.

Nana dan Hairul - semoga berbahagia hingga ke syurga..

Oleh kerana Nana turut mengambil pakej video merenjis, pada sebelah malamnya, aku datang lagi membuat penggambaran. Suasana agak berlainan dari siang hari, kerana lampu-lampu berwarna-warni turut dipasang sekeliling rumah dan khemah. Sungguh indah. Berbagai-bagai makanan dapat dijamah termasuklah ikan, ayam dan jagung gred A1 yang dibakar menggunakan alat 'pro grill' besar yang begitu canggih dan sophistikated. Mmph... thehe





0 comments:

Post a Comment