
Tak sangka paduan suara mereka berdua ni meletup-letup..

Ain & Akmal dikelilingi anak saudara yang sungguh ceria..
Kota Jaya (Taman) terletak dalam daerah Kota Tinggi. Aku ingatkan sebuah taman perumahan kecil, rupanya besar dan luas. Client kali ini ialah Ain & Akmal dan majlis diadakan di situ.
Dalam cerita cinta mereka ini (yang didedahkan oleh Abang sulung beliau), Ain ni di masa kecil memang agak nakal (dah besar pun sama kut..hehe), tetapi disebabkan ciri ini dan beberapa kelebihan lain menyebabkan Akmal jatuh cinta pada beliau. Percintaan mereka berjalan agak lama dan panjang. Namun, disebabkan jodoh mereka telah ditakdirkan, akhirnya, walau setelah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, dapat juga mereka bersama.

Bergambar bersama Adam yang rajin membantu..
Ayah Ain mempunyai perniagaan sendiri berasaskan katering. Merupakan antara orang yang dikenali ramai di Kota Tinggi. Jadi peluang makan makanan yang dimasak sendiri oleh beliau merupakan 'acara' yang tak boleh dilepaskan.. Serius, memang sedap dan lazat. Bersih dan licin pinggan dibuatnya (itupun selepas tambah lagi sekali). Anak aku (Adam) yang turut follow, makan sampai 3 atau 4 sesi. Wow.. Syabas untuk Remia Enterprise.
Berposing dahulu sebelum 'cerita' berkayuh di laksana.. thehe
Untuk sesi terakhir iaitu Outdoor shoot, Ain dan Akmal memilih kawasan tebing sungai Kota Tinggi. Gelagat kami sering menarik perhatian, kerana kawasan tersebut memang ramai orang. Namun, dalam kesempatan yang ada dan dilokasi yang sebegitu rupa, dapat juga aku bersama teman photography dari Artcreative.com (Din, Sham, Ezreen) membuat satu jalan cerita pendek untuk mtv mereka ..
Teramat kelakar dan sungguh menyenakkan perut dengan gelagat Ain yang mudah tertawa dan Akmal yang sering tersenyum itu.

0 comments:
Post a Comment