Wednesday, April 20, 2011

Jek Video Ke Jubli Intan JB


Johor Bikers mengiringi kereta pengantin..
mula perlahan sebaik menghampiri Jubli Intan JB..

Minggu lalu, satu lagi job Video Perkahwinan bagi pasangan Hanif & Zura telah dapat aku sempurnakan. Dengan kerjasama dari Saluddin (Artcreative.com) dan beberapa rakan fotografi lain yang dibawa beliau, assignment video kali ini mengandungi satu part yang mencabar. Khidmat aku dimohon untuk merakam kereta pengantin dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi, dari kenderaan bergerak.

Dalam video penuhnya nanti, pasti Hanif & Zura dapat 'merasakan' sendiri, berapa punya laju kenderaan yang dibekalkan untuk kami, yang terpaksa mengejar kembali kereta pengantin yang telah bergerak lebih awal. Ini berlaku kerana terdapat sedikit masalah komunikasi dan teknikal.

Namun, berbekal sedikit pengalaman shooting yang ada, footages terhasil rupanya memberi lebih impak dari yang aku sendiri jangka. Kelajuan kenderaan memecut memang kelihatan seperti cerita 2 Fast 2 Furious. Kawan Hanif yang memandu 'kereta krew kami', walaubagaimanapun, masih lagi mematuhi undang-undang jalanraya, meskipun aku sendiri terasa seolah nak surrender.. Cubaan aku mempelbagaikan angle dan teknik rakaman dengan kelajuan sebegitu, membuat aku dah rasa nak muntah.. Tapi rasa seronok sangat bila preview kembali, semasa membuat kerja-kerja suntingan (post processing).

Hanif & Zura di pintu Dewan..

Persandingan berjalan begitu meriah. Family Hanif memang happening. Riuh rendah sepanjang majlis tersebut. Aku cukup suka dengan kerjasama erat dari kesemua keluarga besar Hanif, khususnya pakcik makcik beliau. Hanif dan Zura teruk diusik oleh mereka dengan menyuruhnya menari di depan pentas / pelamin. Kasut Zura sampai tertanggal dek di dera nakal suruh menari, ditambah penyertaan gelagat yang hadir yang begitu mesra / sporting dan menjadikan majlis ini penuh gembira, gelak tertawa..

Zura tersenyum memandang kamera..

Hanif memang jejaka berkarisma dan berwibawa. Tak hairanlah kesemua ahli keluarga beliau amat respek kepadanya. Sungguhpun begitu, ada satu ciri lain kenapa Zura mencintai beliau, iaitu kerana sifat jenakanya yang cukup terselindung.. untuk orang tertentu sahaja.. thehe..


1 comments: