
Senyum manis Dr. Roqiah & Ichwan ..
Jalan Mariamah memang agak terkenal di Johor Bahru. Ia merupakan antara tempat2 paling awal wujud di bandaraya ini. So pada Sabtu / Ahad lepas, aku berkesempatan melaksanakan kerja-kerja Video dan Sinematografi Perkahwinan bagi Dr. Roqiah dan Ichwan. Nama penuh mereka sungguh panjang, menarik dan unik, tapi nak pendekkan tulisan, pakai nama pendek je lah.. thehe
Menghimbau pertemuan pertama dengan Dr. Roqiah di rumah beliau, aku dihidangkan minuman yang dibuat sendiri oleh bondanya, Datin Sara. Rasanya macam nak minum se-teko, tapi segan la pulak, kerana takut di ketawakan oleh si Roqiah. Perjumpaan tersebut ternyata menyenangkan hati kerana banyak karakter dan profesionalisma yang dipunyai diri beliau, wajar dijadikan contoh untuk anak-anak perempuan aku.
Geng jurufoto kali ni, lagi sekali aku bertembung dengan Saluddin Ismail dari ArtCreative juga Sham, member baik kami. Sungguhpun Din ni pandai berjenaka, tapi bila dia serius, terserlah ketokohan dia macam pendekar yg tidak pernah tercatat sejarahnya dalam mana-mana buku (lihat gambar di bawah) kikiki...

Jek, Saludin, Sham ... melaksanakan tugasan yg diamanahkan..
Penggambaran luar juga bagi kami amat menarik, kerana sikap Roqiah dan Ichwan yang begitu bersahaja, bahkan kadang melucukan, kami pula yang rasa terhibur dgn mood ceria yang 100% berjaya di tonjolkan. Terlalu banyak keunikan diri mereka berdua maka, maka jadilah jodoh ini saling lengkap melengkapi.

Sama cantik, sama padan, keduanya pemurah dengan senyuman
Kemesraan mereka menyeluruh, bukan setakat untuk suami/isteri, hingga aku pun rasa macam malas nak berhenti shooting. Selagi mereka terdaya, aku masih teruskan... Begitu juga dengan Saluddin, cakap jer 'dah!, kita stop sini, gambar dah beribu dah ni', tapi bila aku shoot lagi video, dia pun tumpang lagi 'beberapa kaki', memang kelakar sungguh. Happy betul rasa hati petang itu plus terharu bila Roqiah mention, seronoknya dia dapat Videographer dan Photographer macam kami. <-- ini ayat iklan ni... thehe

Ichwan memang pandai buat gaya tersendiri ..
Seperti yg pernah aku tulis, ada client / pasangan yang suka di posing, ada yg suka candid2 sahaja. Geng suami/isteri ni suka kesemuanya. Jadi, apa saja yang menarik ketika itu, kami tak lepaskan peluang merakamkannya. Bukan mudah nak buat kerja-kerja rakaman jenis ini (wedding) sebenarnya, kerana kita ada banyak faktor penghalang, khususnya kekangan masa.

Shooting 'pre-wedding' yang pernah dijalankan..
Kebiasaannya, tentu ada kisah cinta yang dialami mana-mana pasangan sebelum mereka berumahtangga. Untuk itu, ada pasangan yang hendakkan kisah sebenar mereka di abadikan, manakala yang lain, ada yang tidak kisah sangat, janji olahannya menarik atau menghiburkan. Selalunya, dengan adanya shooting sebegini, pelbagai pengalaman hebat dan lucu dapat di kenang bagi melengkapi asam garam rumahtangga.

"aku tak sangka betul , Roqiah ni pandai main gitar"..
hati Jekvideo berbisik sendiri ketika ini... thehe
Semasa remaja, aku pernah cuba mendalami bidang muzik juga. Aku pernah ke Yamaha Music School untuk belajar lebih mendalam, namun ketika itu, fee nya agak tidak sesuai untuk aku lantas niat ini terbantut sehinggalah hari ini. Bila dapat tahu Roqiah terer main gitar, aku excited giler dengan program shooting kami, dan betul seperti yg disangka, dia jauh lebih terer dari Yuna... Agaknya sebab itu, Ichwan lamar dia cepat, sebelum dia jadi top... thehe

Kalau nak ikutkan, banyak lagi peralatan video aku nak
laburkan kerana terlalu minat bidang ini, tapi ini pun dah
agak mahal dah ni ..
Summarynya, boleh dikatakan, pasangan Roqiah dan Ichwan ini membuat aku seperti tidak mengenal penat. Mereka berdua ni memang antara yang paling best sepanjang aku buat video kahwin, sebab tak pernah mengeluh, tak pernah kata penat, tak pernah tunjukkan rasa letih, tak pernah menunjukkan rasa marah, tak pernah bermasam muka, pendek kata semuanya tak pernah.... haha.. Mereka asyik senyum, ketawa, malah begitu komited memberikan kerjasama menjayakan 'misi' rakaman seperti yang dirancangkan.
Terima kasih sangat-sangat ya Dr. Roq dan Ichwan..
0 comments:
Post a Comment