Wednesday, March 16, 2011

Jekvideo Ke Taman Daya


Zarith Elya amat anggun dan cantik,
berdebar menanti detik pernikahan di bilik beliau..

Latest, rakaman Video Perkahwinan bagi Zarith Elya dan Syahrul Nahar telah berjaya aku sempurnakan. Kebelakangan ini, nak update blog pun macam kekurangan masa. Bercerita soal `masa', maka teringatlah aku zaman sekolah dulu, aku tulis surat cinta monyet kat seorang awek sekelas yang aku minati, dipenghujung ayat bunga-bunga cinta ada baris yang berbunyi:-

".... sesungguhnya, masa begitu mencemburui kita"

cewah... kelakar pulak rasanya hari ini, bila teringat. Walaupun gadis pingitan tersebut membalas cinta aku, tapi kami tiada jodoh.. thehe

Semasa pertemuan dan perbincangan untuk booking video oleh Zarith dan Syahrul lama dulu, aku sedar pasangan ni memang mudah gelak dan tertawa. Aku suka 'perwatakan' macam gini, sebab boleh tumpang sekaki kerana aku pun 'kaki' ketawa. Rasanya dengan ketawa selalu, diri aku jadi cergas dan bergembira di kebanyakkan masa.

Selepas pernikahan, pasangan ini mengenakan baju ala Jawa. Dan semasa majlis merenjis, ayah pengantin dengan kerjasama pengacara majlis, memainkan lagu-lagu Jawa klasik. Fuuuh.... tetiba rasa macam berada di pergunungan Indon yang sejuk nyaman, kerana lemah gemalai sungguh bunyiannya.. thehe..


Pengantin main baling-baling bunga di bilik..

Bagi rakaman pendek di bilik pengantin, ternyata Syahrul pandai main-main mata dengan gadis yang kini bergelar isterinya. Bagi sesetengah orang, ada yang tak kisah memperbuat sesuatu aksi bersahaja atau spontan untuk video (atau foto) mereka, tetapi bagi sesetengah yang lain, mereka menantikan pengarahan atau mahu dicandid-candid sahaja. Kesemuanya masih lagi mendatangkan impact yang baik jika pandai diolah. So far, aku gembira bila buat preview ringkas rakaman yang dijalankan di bilik mereka ini.

Zarith!! nantikan ucapan dari kesemua adik-beradik Zarith yang kesemuanya cun melecun masa malam nikah tu, surprise dan tentu gelak punya bila mendengar apa yang mereka katakan ... haha..

... masa mencemburui kita, mohon beredar dulu.. thehe

1 comment:

  1. abg JEK!! zarith ni kawan sekolah rendah saya..die pon amek abg Jek ke jdk videographer...hehehee

    ReplyDelete