Monday, February 14, 2011

Jekvideo Ke Tmn Pelangi Indah

Perkahwinan anak sulung Tuan Syed Jaffar..

Ahad lepas, berlalu satu lagi coverage Video Perkahwinan aku untuk pasangan Sharifah Raguan Syed Jaffar dengan Mohd Izzuan Mohd Azrain. Pernikahan berlansung pagi di rumah ibubapa beliau di Taman Pelangi Indah, manakala persandingan di Jubli Intan, JB di sebelah malamnya.

Geng fotografi di datangkan khas dari Capturepix Studio, Johor Bahru dengan gandingan mantap Didiz dan Fendy. Sebab dah wujud satu 'chemistry' banyak kali sebelum ini, seperti biasa, Didiz dan Fendy masing-masing memberi ruang seluas-luasnya untuk aku asah kreativiti dan angle maut (cewah) bagi pengantin, begitu juga sebaliknya, aku tak kacau bila dia compose gambar yang dia nak, yang sememangnya kelebihan mereka yang sudah di tahap superotai. Sesekali aku kagum dengan Didiz, Fendy mahupun team lain Capturepix, sebab mereka tidak akan surrender, selagi gambar yang mereka 'imagine' dalam kepala, belum dapat diperolehi.

Barisan jurutembak gambar dan video ..
(dari kiri - Didiz, Jek, Azmir, Fendy)

Dan untuk coverage video, aku terpaksa 'berentap' dengan videographer sebelah pengantin lelaki dari KL iaitu Azmir. Bila aku dah mula berborak borak dengan Azmir yang wajahnya agak bengis, tetapi sebenarnya friendly itu, barulah kami realise, dia memang geng-geng video aku dari KL, cuma dengan beliau, ini first time jumpa.. thehe

Antara yang menarik, kali ini aku turun shoot dengan bantuan seorang lagi krew Jekvideo iaitu Jek Junior. Untuk shot shot menggunakan DSLR, aku mintak dia asah sendiri kreativiti. Cuma footage, belum lagi aku loading ke mesin mengedit, sebab belum sempat, penat, dan perlu rehat.. thehe



Sharifah Raguan & Mohd Izzuan dengan baju nikah..
Di bawah sinaran spotlight, sama cantik, sama padan...

Bercerita tentang pasangan pengantin, mereka ada keunikan 'love story' tersendiri. Sharifah Raguan memang cukup manis bergandingan dengan Izzuan yang sudah disuratkan Tuhan, termeterai jodohnya sesama mereka. Cuma semasa sebelum pernikahan, memang aku dapati, perasaan nervous Sharifah agak kuat sehingga beliau tidak boleh bercerita tentang perasaannya ketika itu. Agaknya kalau duduk bersebelahan, boleh dengar degupan jantungnya.. Walaubagaimanapun, bila dia kekal terus bersalawat kepada Nabi, barulah airmukanya kembali tenang, ayu dan cantik. Kebetulan ini bulan Maulidur Rasul, maka setiap kali teringat, aku pun turut berselawat dalam hati, mudah-mudahan memperolehi syaafaat dari baginda nanti.

Izzuan pula agak berlainan, sejak masuk ke rumah, beliau cukup tenang, malah gembira dan sering tersenyum. Memang amat konfiden si Izzuan ini, sehinggalah akad nikah dapat terlaksana dengan sekali lafaz. Sebaik sahaja bergelar suami/isteri yang sah, keceriaan dan kegembiraan terus terpancar sepanjang masa, baik bagi Sharifah, Izzuan malah kesemua keluarga.


Persandingan dalam suasana indah berwarna-warni,
lengkap dengan skrin utk love presentation..

Persandingan mereka di buat di Dewan Jubli Intan JB. Wedding Planner bagi majlis mereka tidak lain tidak bukan, datang dari sentuhan pakar terkenal, iaitulah AZ Bridal & Beauty House, Johor Bahru, yang memang sudah bertahun berpengalaman mengendalikan majlis besar (mahupun kecil) tidak mengira pangkat dan darjat, kerana profesionalisma mereka yang tinggi.

Bergambar dengan saudara-mara terdekat..

Seperti biasa, perut lapar berkeroncong sudah biasa aku alami bila bekerja, hinggalah ke penghabisan majlis. Walaubagaimanapun, makanan yang aku sempat jamah pada penutup majlis, dikala semua mula berkemas, memang dan masih lagi sedap dan enak.. thehe.. syabas AZ Bridal & Beauty House, JB.

Kalau dapat makan nasi panas macam ni, alangkah nikmatnya... thehe

Walaupun mulanya aku seram sejuk juga bila dapat tahu Sharifah Raguan adalah seorang pengamal undang-undang, tapi bila pasti, aku 'tak buat salah' barulah aku konfiden dengan rakaman terbaik untuk mereka. Kesudahannya, Sharifah dan Izzuan yang tergelak dan senyum dengan gelagat aku mengusik mereka. Selamat Pengantin Baru .. thehe...


2 comments:

  1. ooo ko kata aku bengis ek? thehehe

    ReplyDelete
  2. Haha.. Ni mesti Azmir ni.. thehehe

    ReplyDelete