Monday, February 7, 2011

Jekvideo Ke Kg Melayu


Jekvideo & En. Sulaiman - bertukar2 pandangan fasal foto/video..

Seperti kebanyakkan hari hujung minggu, Sabtu lepas, aku diamanahkan untuk buat shooting Video Pernikahan dan Persandingan Fatinah (Fatin) & Mohd Kamarul Nizam. Nikah berlansung di kediaman ayahnda-bonda Fatinah di Lorong Berlian, Kg. Melayu. Manakala persandingan di adakan di Dewan baru, Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, JB.

Rakan photography aku kali ni ialah 'orang lama' iaitu brader Sulaiman dari Solomen Photography. Dia ni memang geng-geng orang lama lah, seangkatan dengan beberapa nama yang aku kenal seperti Cikgu Mat Shah, Rosdin dan ramai lagi... Sungguh pun orang lama, tapi equipment camera mereka baru2 belaka, malah lens pun hebat-hebat.. thehe.. Berkerja dengan otai ni mudah, sebab mereka faham cara video bekerja..


Adik dan anak2 saudara pengantin - jadi flower girl

Keunikan Flower Girl majlis Fatin ini ialah terdiri dari adik dan anak-anak saudara beliau. Memakai baju purple beropol dan berenda, mereka kelihatan manis dan menawan sekali. Bunga yang ditabur lembut mengiringi pergerakan Fatin-Kamarul, menghiasi lantai dewan yang sejuk nyaman lagi indah itu.


Berhati2 melangkah menuju ke pelamin..

Menyelusuri program persandingan mereka, Fatin bergerak melangkah ke 'singgahsana' terlebih dahulu. Beliau akan duduk sebentar, barulah Kamarul datang 'berangkat' untuk hadir di sisi Fatin. Paluan kompang riuh rendah, bergema di segenap penjuru dewan, sinonim dengan adat perkahwinan Melayu.


Entah apa la aku cakapkan hingga keduanya tersenyum..

Pelamin mereka besar dan cantik. Warna purple yang dipilih juga kelihatan menarik. Ruang yang luas dan lapang memudahkan pergerakan. Deretan lampu spotlight besar dari atas dewan mencantikkan lagi pemandangan. Lampu tersebut juga boleh disetting sehingga berupaya mengikut rentak lagu dan irama. Walaubagaimanapun, tatkala bersanding, lampu tersebut kekal statik, agar nampak lebih formal.


Pengantin bergambar di apit oleh ayahbonda dan keluarga..

Dengan keluasan & rekabentuk pelamin yang sebegini, wajah ibubapa, sedara mara, rakan karib, handai taulan akan kelihatan jelas bila divideokan, mahupun di ambil gambar foto. Sesetengah pelamin mempunyai tiang besi atau dekorasi tertentu yang kadangkala menyulitkan fotografer dan videografer mendapatkan angle yang baik. Sungguhpun begitu, pada aku, itu semua hak dan pilihan pengantin. Terpulang kepada pengalaman dan kebijaksanaan kita untuk mengambil aksi sendiri agar aktiviti rakaman tetap berjalan dengan sempurna. Selalunya pelbagai kesukaran tertentu tidak aku highlightkan, kerana untuk jadi professional, kitalah yang kena cekap bertindak.... Kalau lansung tak boleh, pasrah aja lah.. thehe


Interview spontan si rakan cantik manis.. thehe

Bila dapat kesempatan, selalunya aku 'moncong'kan shotgun microphone aku ke 'sasaran' tertentu. Biasanya mereka2 yang rapat dengan pengantin lah. Ini untuk bagi mereka kesempatan mengucapkan selamat pengantin baru, atau kata-kata nasihat untuk si raja sehari tersebut. Kadang2 mereka malu atau tak nak divideokan, tapi bila aku dah 'paksa & psiko', menjadik juga ucapan atau speech mereka, sampai payah nak berhenti .. kikikiki... Walaupun begitu, mana2 speech yang tersasar dan tergagap atau salah tu, aku edit dululah, agar kelihatan smart dan smooth gitu... So kepada rakan pengantin, jangan takut lagi yer... thehe

Terima kasih buat Fatinah & Kamarul serta seisi keluarga kerana yakin dengan perkhidmatan Jekvideo....

1 comments:

  1. wah! sudah masuk blog dah..=) tenkiu Abg Jek..Umi dan Abah puji hasil kerja Abg Jek..hehee.. Confirm bley rekomen kt kawan2 punyaa..=)

    ReplyDelete