Dengan kerjasama dari Artcreative Photography (Saluddin Ismail) bersama crewnya Reduan Moslim, pada Ahad lepas aku cover satu event Videografi Pernikahan bagi pasangan Abdul Razi dan Ain di Bandar Baru Uda, di JB. Rakan video, CST Production pula, akan mengambil giliran cover majlis Persandingan mereka pada satu tarikh lain yang akan datang. Agak rasa sulit sikit diluar rumah Ain, bila sepanjang majlis, hujan turun dengan tidak berhenti. Memang sekarang ini musim banjir di sana sini. Ketika ini Segamat adalah kawasan di Johor yang paling teruk ditimpa musibah.
Walaubagaimanapun, suasana pernikahan di dalam rumah Ain agak berbeza kerana ternyata meriah. Dengan tema ala-ala arab, akhirnya kedua mereka selamat diijabkabulkan oleh Dato' Imam Mahat. Yang bagusnya, setup (tempat) pernikahan Ain nampak agak simple dan menyenangkan. Baik pengantin lelaki, perempuan, saksi, sedara mara, mahupun jurufoto & video, rasa agak mudah dapat 'angle'. Terdapat perhiasan sisha dan lampu rendah dikiri kanannya..
Bersambung... (kalau ada masa) thehe..



0 comments:
Post a Comment