Sebelum ini aku tak pernah posting contoh video perkahwinan yang aku buat. Selalunya aku tunjukkan contoh dengan berjumpa terus dengan bakal-bakal pengantin yang sudi buat appointment. Tapi kebelakangan ini, memang banyak juga kesulitan telah timbul dengan ketiadaan reference / contoh video aku untuk mereka nilaikan.
Jadi, aku dah minta keizinan pengantin aku iaitu Nadia dan Johan untuk guna video clip diaorang untuk diletakkan di sini. Mungkin ini akan memudahkan bakal pengantin lain, untuk membuat keputusan atau pilihan, dalam usaha mereka nak mencari videographer yang sesuai dengan jiwa dan raga mereka...
Terima kasih kepada yang sudi menonton...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment