Cuba merealisasikan perwatakan anggun & ayu .. Experimen ini juga untuk menilai kembali sejauhmana ekspressi dan lakonan bersahaja yang nampak natural dapat diperolehi berbekalkan pengalaman aku yang agak cetek dalam bidang pengarahan ini (tak layak lansung sebenarnya disebut pengarahan .. hehe)
Aspek teknikal lain, seperti exposure control, framing, camera movement, dynamic range stretch, gamma curve, beza video-gamma dengan cine-like gamma, focus-assist, dan waveform monitoring, kesemuanya dapat aku perhatikan kembali kerana xperimen ini memberi masa yang cukup untuk aku membuat rakaman, post processing dan penilaian kembali. Tak macam wedding yang selalunya tak cukup masa. Patutlah pembikinan sesuatu filem penuh itu agak susah dan kerjaya jurukamera video khususnya di luar negara memperolehi bayaran agak lumayan. Payah 2x !!
Aku shoot kesemuanya dalam mode Full HD 1080p = progressive scan, aku harap Xperimen ini menambah lagi pengalaman aku berhadapan dengan majlis pengantin yang selalunya diluar kawalan, kepelbagaian tersendiri, isu-isu tidak dijangka dan lokasi yang berubah-ubah.
Aku ingin menjadi seorang Video & Cinematographer Johor Bahru yang berjaya ;)




