Tuesday, December 14, 2010

Jekvideo Ke Desa Harmoni

Pengapit kalau baru setahun jagung, memang 'masak' la kena toll sebegini..
Nasib baik Pengapit Iqmal tu hensem dan terrer.. thehe..

Terbaru, satu lagi tempahan Video dan Sinematografi Majlis Perkahwinan bagi pasangan Hanee dan Iqmal Reza telah dapat aku sempurnakan rakamannya. Kolaborasi antara Jekvideo (video) dan Capturepixs Studio (professional photo), keduanya player JB, berjalan dengan baik dan ceria.

Cuma Capturepixs turun dengan 2 pro photographer mereka (aku solo je), Herizat (Ijat) dan Rushdi (Didiz). Dalam persada fotografi di Malaysia, nama keduanya ini sinonim atau sebaris dengan jurufoto angkatan lama (otai), malah mereka turut menjalin hubungan dengan ramai photographer terkenal di dunia. Aku kenal Ijat dan Didiz ni memang sudah agak lama. Sebab itu bila jumpa, aksi melawak lagi kelakar terus berlansung selama 2 hari di rumah Hanee itu. Bahkan satu masa dahulu, melalui Ijat dan Didiz ni jugalah, aku mempelajari ilmu-ilmu fotografi digital sebelum kembali semula ke bidang penerbitan video yg sememangnya lebih aku minati...

Seperti biasa di Johor ini, acara kemuncak ialah rombongan pengantin biasanya kena block oleh beberapa kakitangan 'plaza tol'. Ini memang akan mencemaskan semua, terutama pengapit. Keadaan akan jadi lebih tertekan, bila pengapit di 'block' oleh 'orang-orang lama' yang kadangkala memaksa mereka membeli/menjual pantun Melayu. Kalau terkedu, memang akan disahut gelak ketawa la jawabnya.. Cuma bagi pengapit yang kepala 'rok' sikit, pantun atau halangan ini dapat diatasi dengan mudah.

Keganjilan 'plaza tol' di rumah Hanee, ialah ia terdiri dari berbagai-bagai lapis... Disebabkan ruang pagar rumah dia begitu luas, kesemua `kakitangan' tol berbaris, sehingga tak boleh ditembusi, selagi tak pakai tiket 'touch n go'. haha...


Hanee, bertudung putih turut tertawa menunggu suaminya melepasi 'rintangan'..
Aku dan Ijat terpaksa selit sana sini utk dapat angle terbaik..

Setelah negosiasi berakhir dan sedikit 'buah tangan' di hulur, maka dapatlah pengantin bersanding dengan isteri tersayang. Hanee yang memang kelihatan cantik berseri akhirnya ditemani keluarga untuk bergambar di pelamin dengan seluruh keluarga, juga handai taulan.

Merujuk kepada hantaran, kali ini aku memang terpaku dengan kecantikan dan keunikan barang2 hantaran, khususnya dari pengantin lelaki kepada perempuan. Salah satunya ialah model pelantar minyak bersadur emas. Tak silap aku, didatangkan khas dari Arab Saudi.. pegh.. thehe

Gelang emas diletakkan bersebelahan model pelantar minyak

Oleh kerana pada model pelantar minyak ini ada helikopter dan kren yang boleh bergerak bila dikunci, sepantas kilat idea aku menjelma untuk menjadikan hantaran ini sebagai props bagi menyangkut cincin pengantin. Aku kira boleh juga menjadi simbolik, hati Hanee dikait dan dibawa terbang oleh Iqmal.. cewah... kren dan heli tu bergerak secara berpusing, siap ada lagu tersendiri.. fuiyoo.. bikin intro video clip diorang ni nanti mesti gempak nih... (fikir aku) thehe


Cincin lambang hati Hanee, tersangkut pada jejaka bernama Iqmal

Pada hari persandingan (hari kedua), seorang lagi photographer iaitu Azreen Saleh dari Kluang hadir sama dipanggil oleh Hanee. Pada sesi outdoor, kesemua kami bergabung mengabadikan pelbagai footage dan gambar2 hebat untuk kenangan Hanee dan Iqmal. Oleh kerana mereka berdua ni memang kuat bergambar, tambah lagi punyai stamina yang baik, kami 'pulun' cukup2, sampai rasa macam tak nak balik selagi hari belum gelap.

Hanee dan Iqmal Reza..

Baju Hanee tu, kalau dipandang dari depan lagi kelihatan cun sungguh. Ada batu-batu mahal dan cantik, di reka khas untuk pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini. (Dalam video aku, memang banyak footage baju ni aku ambil untuk Hanee.. hehe). Nama Rizman Ruzaini ni, mungkin tak perlu aku mention panjang lebar di sini, kerana sudah beberapa kali aku tengok baju rekaan beliau dipakai oleh pengantin yang aku shoot, ternyata memang cukup kuat impak nya. Kalau aku sebagai lelaki ni tengok pun cantik, inikan pula orang perempuan.. Harga?, memang aku tak tahu.. pereka fesyen artis beb.. thehe..


Aku tak payah baring, sebab lcd aku boleh flip flop.. thehe.

Kebiasaannya, bila pengantin okey sepertimana Hanee dan Iqmal, jurufoto & juruvideo akan lagi gila gila bekerja sebab seronok. Lihatlah di atas, si Didiz dan Azreen sempoi je berbaring atas jalanraya, tanpa rasa takut dilanggar kenderaan kerana begitu asyik bekerja. Aku rasa, dah cukup terbaik dan best dah merakam masa tu, tapi bila dalam perjalanan pulang, rasa macam masih tak puas lagi.. Macam nak ambil gambar lagi sampai malam... thehe ...

Wife aku kata, kalau rasa tak puas ni, tanda kita masih bersedia nak majukan diri lagi.. Kalau mudah rasa puas, nanti kita akan mudah jadi malas...

"Entahlah sayang !!, abang memang selalu rasa seronok capture video orang kahwin ni, sebab tu abg rasa, kita ni pun macam baru je nikah malam semalam".. thehe

Aku drive balik sambil genggam lembut tangan isteri aku ..

1 comment:

  1. Iqmal & HaneeMarch 22, 2011 at 9:54 AM

    Salam abg jek dan family. Iqmal & Hanee dah dpt video nikah dan sanding. Memang berkualiti n cantik. Pendek kata sangat berbaloi n puas hati lah! Semue precious moment dirakamkan.Thanks a lot ya!

    ReplyDelete