Seperkara yang aku tidak lupa, aku bertemu dengan Nur Azila dan sahabatnya Wawa di Larkin beberapa bulan lalu. Memang keduanya sporting, low-profile, dan kaya budibahasa bila berbincang. Mereka request untuk lihat contoh video yang pernah aku buat. Melalui laptop kenit, aku tunjukkan contoh2 seadanya.. Ternyata Ila setuju untuk mengamanahkan tugas rakaman video perkahwinan ini kepada Jekvideo.
Ditha & Ila tersenyum berseri selepas sah bergelar suami/isteriSejak first time jumpa suami Ila, iaitu Ditha, aku serta merta faham, kenapa Ila mencintai dan seluruh keluarganya menyukai jejaka berwajah manis tersebut. Beliau memang seorang yang amat baik, cepat mesra namun bercakap dengan tuturkata yang amat sopan. Banyak lagi ciri2 menarik yang ada pada diri beliau, sekaligus seperti biasa, mendorong aku untuk turut sama mendoakan kebahagiaan perkahwinan ini.
Sebaik sahaja dapat beberapa maklumat penting, aku mengatur perancangan untuk shooting. Dan aku pasti, tidak akan terlarat membuat kerja videografi berseorangan, sebab aturcara padat dan guest yang ramai, aku call Leman dari Manisdvstudio untuk menjadi asisstant assignment kali ini. Memang bernasib baik dia free untuk date persandingan tersebut, lantas bersetuju menjadi 2nd videographer. Sebenarnya, aku dengan Leman ni dah berkawan lama, so banyak cerita dalam industri ini kami share bersama.
Leman amat dedicated dengan tugas yang diserah...Mengguna glidetrack panjang, untuk impact paling maksimum..
Seperkara yang aku paling gembira, Leman sudah upgrade camcorder nya sesama jenis dengan aku. Bagi multiple camera task, penggunaan kameravideo yang sama, penting dalam banyak hal. Kami memilih setting 'spark', 'suhu warna', dan 'mode recording Full HD yang sama. Audio sahaja yang bergantung pada suasana, kerana terdapat band pengiring dari Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Muzik alunan dari band MBJB seperti ini memang menarik. Alunan iramanya sederhana dan tidak terlalu kuat hingga menggangu. Lagu lagu pilihan - evergreen. Mereka cukup profesional kerana dapat memberi keseimbangan dari sudut bunyian vocal dan instrumen, mahupun environment majlis. Syabas untuk abang2 & penyanyi mereka.
BERSAMBUNG.......
Sementara di luar, lagu berkumandang.. aku dan Azam dan Syahril meneruskan aktiviti rakaman di bilik pengantin untuk sesi make-up. Make up artist tentulah Siti dari D'pesona Bridal bersama Eiza... Dalam sesi rakaman pengantin Rina dan Alif yang lepas, aku bertembung dengan Siti/Eiza, so aku cakap "lepas ni bakal jumpa lagi ni... haha"
--------
Waktu yang sesuai tiba, pengantin lelaki diiringi kompang menaiki pelamin. Aku dah consult Leman, ambil port masing-masing. Dia buat static shot, aku buat gliding / movement shot. Kami tak nak terlepas shot penting.
Sebaik sahaja mereka berdua naik ke pelamin, beberapa angle rakaman aku buat semampu dan secepat yang boleh. Memang manis berseri kedua mempelai tersenyum, apatah lagi dengan pakaian pengantin putih suci dengan berlatarbelakang dedaunan menghijau serta rekaan kerusi yang unik..
Tidak lama kemudian, aku dengar crowd Dato'2 dan VVIP mula bergerak ke hadapan balai persandingan. Rupanya kenderaan jemputan paling istimewa sudah mula sampai. Berlari aku mengejar moment tersebut, .. rasa macam semput juga.. thehe
Setelah beberapa ketika menunggu, akhirnya kenderaan pengiring juga, DYMM Sultan dan Sultanah Johor tiba dengan pantas diiringi konvoi tertentu. Tetamu kenamaan turut mengambil kesempatan bersalaman dengan baginda. Sebaik selesai merenjis, santapan pun mula disediakan. Sebelum itu, aku dan rakan-rakan dari LasShot Photography iaitu Azam, AlimDin dan Shahril, diberi sedikit taklimat oleh En. Bahri, yang kini ternyata jadi rakan baik aku..
Muka tegang kerana konsentrasi.. thehe..bukan apa, tak nak kesilapan berlaku...
Selesai semua acara, majlis santapan pun bermula. Dengan perlahan dan tenang, pengantin bergerak ke meja santapan. Doa dibaca dan mereka pun mula menikmati hidangan istimewa bersama DYMM Sultan dan Sultanah Johor.
Memang banyak pengalaman shooting kali ini. Berada di rumah Ila selama dua hari membuat aku serba sedikit mengenali keluarga dan sanak saudara mereka. Merakam semua acara yang berlansung, bermula dari Majlis Khatam Al Quran hinggalah ke detik pengakhiran rakaman. Walaupun detik awal tiba di rumah Nur Azila bte Dato' Naim agak pressure bagi aku, Alhamdulillah, dengan sekelip mata, kesemuanya menjadi tenang dan baik. Shot yang dirancang juga telah diperolehi. Memang berakhir dengan suasana lega.
Inilah `muka muka' Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi yang bekerjasama erat dan mewarnai suasana di rumah Dato' Naim pada detik bahagia keluarga tersebut. Menggunakan 'persenjataan' moden, persahabatan terbina kekal selamanya.. Tiada seorang pun terbunuh seperti dalam sejarah silam.. thehe..
Tidak lupa juga, jutaan terima kasih untuk seorang lagi krew Jekvideo iaitu Enry Wars. Begitu dedicated dalam membantu aku menjayakan rakaman, maaf jika abg Jek termarah, terkasar bahasa, meninggi suara ya.. Inilah adat memberi yang terbaik untuk pelanggan.. Ternyata Enry cukup hebat kerana boleh menerima tekanan yang diberikan.. syabas geng.. thehe..
Akhir sekali, terima kasih untuk Ila dan suami, kerana memberi kepercayaan kepada kami menjayakan majlis besar lagi gilang gemilang ini.. Diharap Ila dan family (Dato' Naim dan Datin) bersabar menantikan full video tersebut.











0 comments:
Post a Comment