Thursday, November 4, 2010

Jekvideo & Equipment

Aku rajin menulis, tapi jika lama tak berupdate blog ni, maksudnya, ada la projek yang aku sedang buat. Ringkas kata busy la .. tapi segan nak cakap.. thehe...

Ok, di kesempatan ni just nak share sikit pasal equipment. Boleh kata ramai kawan2 kat Malaysia ni yang buat video perkahwinan, semakin banyak melabur modal untuk mencantikkan video masing2, termasuklah aku. Bagi yang lebih senior (atau otai), boleh kata, caj video perkahwinan mereka ke atas customer kalau dulu dalam lingkungan RM3k, 4k, 7k, 9k, sekarang boleh mencecah puluhan, malahan belasan ribu ringgit atau ada yang lebih dari itu barangkali. Terperanjat? Janganlah... thehe

Jika anda mempunyai minat dan tahu apa yang videografi boleh buat... tentu anda tidak terperanjat. Videografi termasuk video perkahwinan, tidak boleh dinilai dari sudut jangkamasa / durasi atau bentuk fizikal video (dvd) itu sendiri. Ia terletak pada beberapa faktor, antaranya:-

1. Kos kamera dan peralatan
2. Kos jurukamera dan krew
3. Kos shooting dan travelling
4. Kos suntingan atau editing
5. Kos finishing atau produk
6. Kos-kos lain yang pelbagai, (panjang nanti list)

Jika dinilai akhir-akhir ini, kepakaran videographer perkahwinan Malaysia boleh dikata setanding atau mampu bersaing dengan videorapher mat saleh (mahupun yang bukan saleh hehe) dari luar negara itu. Ini disebabkan oleh kerajinan, kreativiti serta modal sendiri seseorang videographer..

Antara alat yg selalu digunakan bagi menampakkan kesan
seolah camera sedang terbang ..

Justeru itu, dalam sesuatu videoclip yang kita pandang menarik, tentu ada kepelbagaian gadget mahal yang diguna di belakang tabir, tetapi tidak ditunjukkan. (ya la, takkan nak tunjuk kan...)

Bagi aku, mengeshoot video yang baik lagi best, bukan sahaja bergantung pada pengalaman dan idea, bahkan pada peralatan yang canggih dan moden juga.

0 comments:

Post a Comment