Wednesday, November 24, 2010

Jek Video ke Tmn Setia Indah

Dalam coverage video perkahwinan minggu lepas, sekali lagi aku bertembung dengan geng lama iaitu Trisno. Kalau di JB, Singapore, bahkan ke sesetengah tempat di Indonesia, nama Trisno Photography memang sering menjadi sebutan jugalah. Walaupun begitu, hakikatnya, Trisno amat merendah diri dan amat mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Cara dia mengambil gambar juga amat santai dan begitu bersahaja, tapi gambar terhasil selalu membuat pengantin tak sabar-sabar nak tunggu album dia.. thehe..

Trisno berselera menikmati juadah sebelum menyambung tugas..

Majlis yang baru berlalu itu ialah bagi pasangan Nur Azfarina (Rina) dan Alif. Mereka bernikah di Surau Taman Setia Indah, JB. Kedudukan surau yang bersih, luas dan cantik membuat kerja rakaman pernikahan lebih selesa berbanding suasana di sesetengah rumah. Ini kerana, semasa pernikahan, paling aku titik beratkan ialah 'angle' atau kedudukan. Dalam contoh gambar di bawah, Dalam satu 'framing', kita dapat lihat pengantin lelaki, pengantin perempuan dan tuan Kadi serta beberapa teman. Ini memberi kita kebebasan mengendalikan `zooming dan panning control'. Video terhasil nanti, tidaklah kelihatan agak bosan atau terlalu statik.

Framing yang membantu mewujudkan suasana pernikahan yg sedap ditonton kembali ..


Melalui headphone, aku dengar dengan jelas nasihat tuan imam. Memang bernas dan patut didengar semula oleh pengantin. Semoga nasihat tersebut terpaku kukuh dalam ingatan Alif dan Reena sentiasa demi kebahagiaan rumahtangga idaman.

Reena turut khusyuk mendengar khutbah nikah...
Pn. Faidzah kelihatan gembira kerana merestui pernikahan anak perempuan beliau.


Majlis pernikahan berjalan selepas Asar dan berakhir lewat petang. Selesai nikah, sempat jugalah Rina dan Alif bergambar dengan kawan2 dan sanak saudara di surau tersebut. Aku dan Trisno malu juga bila diajak bergambar bersama, sebab kami 'jual mahal'. Akhirnya terpaksa akur kerana 'takut' dipukul oleh si Alif, sebab kata Rina, suami dia ni dulu kuat buli .. Tapi aku perasan, si Alif tu buli bukan sebarangan, buli mesra namanya, mungkin sebab tu, Rina sangkut hati kat dia... thehe.. Itulah jodoh ya, wahai pembaca sekelian. Dulu Alif dan Rina ni hari hari bertemu, tapi tak bertegur sapa pun. Tup-tup, hari ni, aku dah pun jadi videographer majlis perkahwinan dia.

Rina ingin sangat bergambar dengan kami.. cewah... thehe

Ok, selepas pernikahan, sejurus selepas balik ke rumah, hujan turun begitu lebat sekali. Sebab tak dapat balik, ibu Reena menjamu aku dan Trisno pelbagai hidangan termasuk tapai pulut yang begitu sweet dan sedap rasanya. (Jarang aku makan tapai pulut ni, aku lagi suka tapai ubi. Tapi yang ini, memang best..)

Keesokannya, iaitu hari Majlis Persandingan, Rina mengenakan baju cream atau putih/hijau yang kaya dengan sulaman dan aksesori menarik. Kata wife aku yang ternampak footage rakaman di cameravideo tempohari, baju yang Rina pakai tu, cantik dan amat sesuai warna dan cuttingnya dengan Rina. Baju tersebut datang dari olahan kak Siti - D'pesona Bridal Gallery di JB ini.

memang cantik si Rina ni dan sesuailah jodoh dia dengan Alif.

Walaupun pagi hari indah dan cerah, sebaik sahaja kompang berbunyi, hujan turun lagi dengan begitu lebat. Agak luarbiasa. Sungguhpun begitu, ramai lagi tetamu yang begitu bersemangat datang tanpa menghiraukan halangan cuaca. Aku amat menyanjungi sikap mereka2 ini.

antara tetamu / kawan Rina, tetap datang walau harungi hujan begitu lebat sekali.

Dalam kes aku pula, ada juga jemputan dari sedara mara dan kawan2, bukan aku yang tak nak pergi atau mereka reka pelbagai alasan, tapi pengantin dah booking lebih awal dari ketibaan kad jemputan mereka ke tangan. Syukurlah kini kebanyakkan dari mereka semakin faham situasi aku ... thehehe...

Sesuatu yang menarik bagi outdoor pasangan ini ialah pilihan lokasinya (dan aksinya) yang lucu / gila-gila sikit, iaitu di area bandaraya Johor Bahru. Banyak insiden kelakar berlaku antaranya bila Trisno dengan selamba suruh suruh Alif buka pintu kedai gunting rambut untuk bergambar, semua pelanggan yang ada dalam tu pelik dan terpinga pinga dengan apa yang berlaku.. thehe...

Pesan untuk Rina, kalau Alif nakal-nakal atau nak buli lagi, call abg Jek dan Trisno.. haha, lagi satu - pinjam ayat Trisno, 'jangan jerit'.. kikiki

No comments:

Post a Comment