Dalam kebanyakkan kes aku, ini adalah perkara biasa yang aku alami, baik melalui sms, email mahupun panggilan. Yang peliknya, mereka yang macam ni lah yang akhirnya bertemu jodoh untuk aku shoot majlis mereka.
Dan disebabkan jodoh nak shoot Aidayante kahwin juga telah ditakdirkan, akhirnya antara percaya dengan tidak, aku dan Aida bertemu juga di hari majlis dia berlansung. Walaupun tanpa contoh dan sample video untuk dilihat, Aida (juga beberapa pengantin aku yg lain) barangkali percaya dan yakin dengan rasa hati mereka untuk ambil `Jekvideo' sebagai videografer pilihan. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi. [Pada kesempatan lain nanti, mungkin aku cerita kesukaran aku untuk letakkan contoh video di internet yang antaranya adalah berpunca dari faktor geografi] Update blog ni pun pakai internet tumpang..
satu `special effect' video filter diguna bagi mendapatkan impactala-ala dreamy atau fairy tale semasa cubaan post processing dibuat..
First time jumpa Aidayante, secara berseloroh aku kata 'wah, rupa awak ni macam orang Arab lah' thehe.. Aidayante seorang yang sungguh periang, ceria, mesra dan sudah dituliskan akan bertemu jodoh dengan Fadzli - jejaka hensem dari KL. Keduanya amat mesra bila bergambar dan tak segan bila diminta diarah. Yang bagusnya, kadang2 mereka sendiri yang request atau mencipta gaya-gaya yang membantu menambahkan kecantikan video mereka ...
Majlis mereka berjalan dengan penuh keceriaan. Menu khas sampingan yang disediakan ialah aiskrim + tapai pulut... Laku betul satu peti ais yang disewa khas oleh famili mereka di jamah oleh para jemputan.
Amat seronok shooting mereka berdua ni... Penggambaran luar berjalan dengan suasana selesa kerana cuaca yang baik. Syukur padaNya.. Pengantin punyai semangat juang yang tinggi untuk menghabiskan sesi rakaman. Kebiasaannya masa merakam, aku tak rasa apa-apa, tapi bila dah balik rumah, memang terbaring la sehari dua, bagi membenarkan kedudukan urat kembali asal.. thehe..
Kisah percintaan mereka agak menarik juga. Sambil gelak-gelak Aidayante dan Fadzli bercerita ketika kami menaiki kereta bersama. Mungkin aku akan olah penceritaan itu untuk digunakan sebagai 'voice-over' bagi footage yang bersesuaian...

0 comments:
Post a Comment