Tuesday, October 5, 2010

Jekvideo Di JB

Dengan Ayares dari Capturepixs Studio - depan lif hotel

Minggu lepas, cinematografi perkahwinan aku berpusat di Johor Bahru. Bergandingan dengan Ayares sebagai professional photographer, kami mengorak langkah ke hotel Puteri Pacific JB apabila sesi pernikahan antara Ummi Shabina (Nana) dengan Abdul Rashid (Acid) selesai. Majlis pernikahan di adakan di Masjid Abu Bakar. Tepat-tepat masa Acid jabat tangan imam nak akad nikah, hujan telah turun dengan begitu lebat sekali. Teringat sorang member aku dulu pernah berkata, "hujan time nikah ni, tanda anak ramai".. hehe.. ntah betul ke tidak tu...


Ayares mencari bilik pengantin - D700 Fx Full Frame memang gear terbaik..

Bekerjasama dengan Ayares memang seronok, dia boleh buat lawak spontan. Banyak juga aksi aksi spontan dia yang best best membuat aku terfikir, nak masukkan ke tidak footage tersebut ke dalam video pengantin tu nanti. Yang bagusnya tentang Ayares ni, dia jenis kepala tak kisah dan sentiasa membantu. Bukan setakat bermurah hati tumpangkan aku naik kereta dia ke Puteri Pacific, habis spanar kereta dia juga aku selongkar / pinjam untuk ikat skrew gadget aku yang tiba tiba buat hal..


... menanti sentuhan terkenal Nurul dari Merlang Beauty JB.

Di bilik pengantin (Nana), kami turut berbual-bual semasa dia disolek. Nana ni berperwatakan lemah lembut, tuturkatanya tersusun lagi menyenangkan, dia amat mudah tersenyum. Memang sesuai lah jodoh dia dengan Rashid yang gentleman itu. Cuma kadang2 beliau sensitif dan hatinya mudah tersentuh. Patutlah beliau cukup sebak tak boleh kontrol lagi tatkala di bacakan / membaca teks-teks keluarga sakinah, semasa pernikahan berlansung. Namun, selesai sahaja akad, Nana begitu ceria dan bersemangat sekali untuk meneruskan majlis ..


Nana dan Rashid telah bersiap & melangkah untuk Majlis Persandingan..

Selesai bersiap, pasangan ini akhirnya memang kelihatan amat anggun. Rakan karib Nana, iaitu Zai (berbaju pink) yang sering menemani, memang selalu menghidupkan suasana. Bila aku minta dia memberi ucapan, petah dan jujur dia berbicara. Suasana dalam bilik hotel bersama ramai lagi rakan2 Nana begitu menghibur dan menceriakan.. Aku pasti Nana tentu gembira dan terhibur dengan kehadiran ramai rakan2 beliau dari jauh itu...


Cara Acid memegang pisau sekaligus tangan isterinya
cukup lembut dan berseni... thehe


Seperti biasa, memotong kek dan suapan mesra untuk suami dan juga isteri, sering menjadi acara yang orang suka tonton. Boleh tahan juga ramai yang menyorak mengusik bila potongan kek di suap ke mulut isteri oleh Rashid. Teringat masa aku kahwin dulu, aku tak mesra sangat suap suap kek, macam pengantin sekarang ni .. dulu aku jejaka pemalu, sebab tu video kahwin aku dulu tak best... thehe...


Cinta Nana & Rashid bersemi di 'rumah+tangga' baru mereka...

Seperti biasa, sesi outdoor merupakan rakaman terakhir dalam video / sinematografi wedding yang aku buat. Sesi outdoor sememangnya menarik kerana sesudah banyak gambar di pelamin dan meja santapan, akhirnya pasangan pengantin dikembalikan semula ke dunia penuh kehijauan, semulajadi, segar dan asli. Sebab itu, dalam kebanyakkan pakej video aku, turut dimasukkan ialah 'sesi outdoor' sebagai item standard.. Kelebihan lainnya pula, kita akan dapati wajah pengantin akan lebih tenang, lega, gembira dan ceria...

Sekali imbas, pengantin agak appreciate, seronok dan gembira dengan kerja-kerja yang aku (videografer) dan Ayares (fotografer) telah laksanakan... Semoga kerja-kerja suntingan nanti akan cepat berjalan dan menghasilkan video yang bermakna untuk kenangan mereka. Selamat Pengantin Baru Acid & Nana.. Didoakan kamu memperolehi kehidupan rumahtangga yang berkat lagi bahagia sepanjang hayat... amin..

2 comments:

  1. Ummi Shabina Abu BakarOctober 15, 2010 11:15 AM

    Thank u, En razak!!! Both of u done a very good job. i really enjoy working with u n En. Ayares. Suka sgt all the piccies uploaded by u! cant wait to see the outcomes. terima kasih sgt2!!!

    ReplyDelete
  2. Nana, you're welcome...
    Selamat Pengantin Baruuu.. thehe

    ReplyDelete