Monday, September 27, 2010

Pertemuan Di Hotel Thistle JB

Selamat Hari Raya untuk semua pelawat blog Jekvideo ni. Walaupun banyak perkara menarik berlaku sepanjang hari raya, tapi aku rasa nak kongsi satu cerita terbaru je lah.

Thistle JB (dulu Hyatt) dari bawah

Aku dijemput berjumpa seorang potential client yang hanya mahu dikenali sebagai Encik E sahaja. Beliau mahu berjumpa aku untuk berbincang lebih lanjut tentang videografi perkahwinan yang aku buat. Apabila ditanya lokasi manakah yang beliau nak jumpa, dia jawab hotel Thistle JB.

Mencari bilik En. E

Sebenarnya, aku jarang juga lah jumpa client di hotel-hotel ni. Aku lagi selesa bertemu ditempat-tempat biasa yang tak lah se-ekslusif Thistle (dulu Hyatt) ni. En. E mahu aku jumpa di bilik beliau dahulu sebab aku sampai awal dan dia belum pun belum bersiap lagi. Bilik beliau rupanya bersetentang dengan jam besar Dataran Bandaraya JB. Aku rilex kejap menikmati pemandangan dari dalam bilik, sementara menunggu beliau bersiap.

Dapat gak aku meneroka pemandangan malam dari dalam bilik hotel ..

Selesai, kami pun turun ke bawah. En. E mempelawa belanja aku makan. Aku order Pizza je lah sebab tak pasti sangat nak makan apa. Nak baca menu pun jenuh dan tak tahu apa kebenda makanan tu.. hehe.. Bila pizza sampai, fuuh, rasa tak terlarat nak habiskan sebab besar sangat, penuh keju pulak tu. Makan kat pizza-hut pun tak sekenyang ini.. hehe

Nasib baik tak order macam-macam menu lagi.. tak larat...

------

Kadang2, berjumpa client yang agak kaya ni, rasanya lebih mudah dan senang. Kena pula rezeki berjumpa dengan karaktor yang low profile dan very humble - down to earth. Kadang rasa macam member-member je, walaupun darjat jauh berbeza. Yang bestnya - pada diaorang, harga pakej doesn't matter, yang dipentingkan ialah sikap dan profesionalisme diri kita.

scenery tempat makan kami dari arah swimming pool


scenery lobby hotel dari tempat aku bersembang..

Dan yang paling best bila En. E berkata, "saya tak perlukan rakaman yang gila-gila sangat, ada video yang boleh menyimpan memori indah saya nanti, cukuplah" ..

Fuuh... walaupun statement tu, amat melegakan, namun tentunya actual job nya nanti akan lebih mencabar... thehe..

0 comments:

Post a Comment