Wednesday, August 18, 2010
Pre Wedding Video Shoot
Pre Wedding Video Shoot = satu rakaman video khas atau khusus, yang diminta oleh bakal pengantin untuk kenang-kenangan - sebelum mereka benar-benar berumahtangga. Rakaman ini dijalankan menggunakan berbagai teknik dan cara bercerita. Kebiasaannya dibincang terlebih dahulu antara pasangan dengan videografer (aku ler thehe). Tujuannya - sebagai contoh, bagi menyampai dan mengingatkan detik detik pertemuan dimana mereka mula berkenalan atau bercinta.
Dulu, pakej ini sering terabai, tetapi trend semasa pasangan pengantin masa kini, telah melonjakkan kembali slot pre-wedding ini. Kalau dulu, pre wedding ni more on fotografi, tetapi kini, videografi aku pun mendapat enquiries dan permintaan. Sayangnya, masa pula yang tak cukup.. thehe..
Walaupun best, pakej ini kebiasaannya diambil oleh bakal2 pengantin yang betul2 Xtreme sikit pada video, kerana mereka perlu mengeluarkan kos untuk menjayakannya. Kos - tertakluk kepada actual story, lokasi, jangkamasa rakaman, duration untuk final edited dll.
Diteruskan cerita, videoshoot aku pun berjalan sebelum Ramadan tempohari dengan dibantu oleh pembantu aku mister Enry. Walaupun bermula agak lewat kerana menanti hujan teduh, akhirnya 'penceritaan' tersebut berjaya dilaksanakan. Dan oleh kerana tak biasa menjadi 'artis' apatah lagi untuk `motion pictures', banyak insiden gelak ketawa berlaku. Dan dengan hanya sedikit latihan spontan, akhirnya pasangan Rina dan Aliff betul betul dapat menjiwai watak dan lakonan seperti yang mereka inginkan.. memang sukses !
Penggambaran makin panjang apabila semua makin heppi dengan gelagat masing2. Kami cuma berhenti apabila aku dapati hampir semua 'material' yang dikehendaki telah berjaya di shoot.
Aku rasa Rina dan Aliff lepas ni :-
1. Hidup lebih gembira dan tak sabar tunggu detik nak nikah ..
2. Banyak modal bercerita sebab banyak insiden kelakar berlaku..
3. Menghargai detik ini sepanjang hidup mereka.. sebelum detik lagi penting berlansung..
4. Mempunyai Video kahwin yang lebih kaya dengan cerita.. dll
Lakonan Rina dan Alif memang cun dan menjadik. Rasanya hanya sedikit je yang kena 'cut' dan tak lah membebankan masa post-production nanti. Lakonan mereka bersahaja dan sesuai dengan cerita mereka. Dialog mereka pula keluar spontan tak payah pakai skrip. Disamping itu, props yang dibawa juga amat sesuai dan cantik.
Rina dan Aliff lepas ni jangan korang gelak pulak kat pelamin ya... thehe..
Dan Alif ! Rina dah tahu kamu tak pandai main gitar.... hahaha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


hehehe.. tq to abg jek n mister enry.. abg2 berdua mmg sporting dan byk idea best2 secara spontan.. Rina dan alif tak sabar nak tgk video sbnrnye nnt.. my future hubby pandai main gitar??? oh.. sungguh tak percaya.. keh keh keh.. apa pun kami doakan abg jek terus berjaya yo.. chaiyok!!!! (nnt dah tgk hasil rina promot lbh sikit) hehehe..
ReplyDeleteRina, tq untuk doa tersebut ..
ReplyDeleteBerdasarkan dari `footage' (video clip yang dishoot) yg abg jek review (belum jalan editing lagi), abg jek rasa, hasilnya sungguh mengujakan.. semoga boleh buat kamu berdua gembira nanti bila masa yang ditunggu tiba in november .. thehe..
tak sabar nak tgk the real story...
ReplyDeletegud luck jek.. moga terus suksess
Terima kasih banyak banyak... tengah mengumpul idea idea baru.. :)
ReplyDelete