Ada perkara menarik dalam rakaman video aku di Bandar Putra, Kulaijaya Johor, yang baru berlalu. Majlis perkahwinan untuk Abi dan Fatin menyaksikan burung puyuh goreng disajikan sebagai menu tambahan disamping nasi beriani dan lauknya. Di sponsor oleh Abang Lan, iaitu pakcik pengantin perempuan. Beliau rilex je goreng di luar dewan, so tetamu yang berminat, dapat makan versi puyuh panas2 lagi kaw punya.
Oleh sebab burung puyuh goreng ni jarang aku makan, aku cuba la satu potong. Wow, memang sedap. Mungkin kepandaiannya Abg Lan 'marinate' dan 'style gorengannya' buat aku belasah - tambah lagi. Puyuhnya special sebab banyak isi (gemuk).. haha..
Seperkara lagi yang special di Dewanraya Bandar Putra ni, ialah dia mempunyai bangunan surau sendiri di belakang dewan. Dikelilingi pokok dan laluan angin agak kuat, membuat suasana terasa nyaman sekali. Kalau lah aku baring di situ lepas solat zohor, memang mudah terlelap, sudahnya tak buat kerja kerja video la nampaknya... thehe..
Berkomunikasi dengan tetamu memang perlu ada bila buat rakaman video .. Memang ramai aku jumpa, bila hala kan lens camcorder je, mereka akan tersipu sipu malu.. Tapi bagi kakak2 yang dah mempunyai cahayamata, selalunya mereka tak kisah... bahkan kadang lagi suka, mungkin sebab sinar / aura anak kecil mereka agaknya.. thehe
Bagi rakan2 photographer yang tak begitu memahami kerja-kerja rakaman video, suasana akan jadi sedikit sukar. Ini kerana dalam usaha mereka mendapatkan gambar, blocking (menghadang) kamera video aku, memang sering terjadi.
Itulah kelebihan jika aku dapat bekerja dengan photographer yang aku dah kenal, ataupun mereka yang faham cara video bekerja. Mereka akan memberi laluan untuk aku shoot dulu, ataupun aku sendiri akan memberi laluan untuk mereka, dimana bersesuaian. Jadi, dalam final edited video nanti, kuranglah gangguan yang tak diperlukan.
.. berjalan selamba menghadang video aku, jugasatu lumrah dalam kerja-kerja rakaman video perkahwinan...
Walaubagaimanapun, disebabkan pengalaman yang ada, perkara ini dapat di atasi. So far, okeyla.. Cuma, apabila buat kerja-kerja editing, lebih banyak tambahan masa perlu diperuntukkan untuk kasi 'potong' gambar gambar blocking ni... (Rupanya kat pelamin pun, banyak gila footage perlu di potong).. waduh.. thehe
Ada kawan videographer aku di KL mengeluh juga, kerana kurang selesa bekerja dengan terlalu ramai photographer dalam beberapa majlis perkahwinan yang beliau cover...




0 comments:
Post a Comment