Juliana dan Asrul selamat diijab kabulkan pada pagi Jumaat, lancar sekali majlis mereka. Semoga memperolehi rumahtangga yang aman damai dan bahagia hingga ke syurga..
Memandangkan petang Jumaat itu ada kelapangan, pasangan ini memilih persekitaran rumah Limas, di Danga Bay, untuk sesi outdoor. Rupanya sekarang ini, untuk bergambar di situ, kena minta permission awal, malah perlu bayar RM30 [kata Catherine - owner kawasan tersebut]. Aku cepat cepat snap sebanyak mungkin sebelum beredar ke tempat lain..thehe
Bekerjasama dengan professional photographer kali ni, ialah Razak Misan. Aikk, nama depan sama pulak.. Razak ni mahal sikit dengan senyuman, tapi foto beliau memang kelass lagi superb.. Latarbelakang pendidikan beliau memang cukup hebat. Tak hairanlah hasil kerjanya begitu lawa dan berseni. Sedang dalam proses ke UK untuk ijazah kedoktoran, good luck bro..
Cuaca petang yang redup, membantu kerja-kerja rakaman dengan agak selesa. Dengan dressing pengantin yang sebegitu, insert lagu omputeh memang layan nanti, bisik hati aku.. Walaupun ada banyak lagi shoot yang aku nak buat, tapi dah menjelang maghrib, kami kena balik. Lagipun, malam itu ada majlis lagi..
Juliana dan Asrul, keduanya memang tak kisah, dan amat sporting. Mudah tersenyum dan ketawa menjadikan bekerja dengan mereka amat menghiburkan. Kuranglah sikit rasa penat.. thehe..
Berbincang untuk mendapatkan shots menarik untuk MTV..Majlis persandingan yang berlansung di keesokan hari (Sabtu), menjadi riuh rendah dan lucu bilamana abang sulung Juliana menjadi 'tekong' dalam acara usik mengusik bagi mendapatkan sedikit 'tol' jalan sebelum membuka `gate' kepada Asrul mendapatkan isteri beliau ... Memang luarbiasa ketatnya gate tol tersebut, sampai ramai hadirin terbahak bahak ketawa.. Orang luar Johor yang tak biasa dengan 'tol' sebegini pasti menyangka, orang Johor ni 'kaki paw', walhal ianya hanyalah usik-usikan sahaja..
Setelah berpeluh-peluh menghadapi pelbagai situasi, akhirnya pengantin diberi santapan enak dan berkhasiat, disaji khas oleh pakcik Juliana yang handal kerana sememangnya bertugas sebagai seorang Chef di salah satu hotel terkemuka di KL.







menariknyerr..
ReplyDeleteTQ, en_me ..
ReplyDelete