Pernikahan mereka di buat pada malam Sabtu, so persediaan rapi telah aku buat, dengan membawa sekali 'set lighting DIY', angkut sekali masuk kenderaan. Tapi rupanya ayah Hamizah iaitu En. Hamzah, dah siap pasang spotlight depan pelamin. Wow, terang dan best... So aku tak payah pasang lighting aku.
Di saat-saat genting, semasa nak nikah, En. Hamzah rasa kurang selesa dan memadamkan spotlight dia. Pegh... gabra jugak aku men'yetting' kan balik setting video aku ke aras yang sesuai, kerana agak suram dan suhu warna pun otomatik bertukar.. Imam pulak dah hulur tangan salam pengantin.. hehehe...kali ni, aku pulak yang berpeluh.. thehe
Mujurlah, coverage malam itu dapat juga dijayakan sampai habis. Di keesokan hari, aku dapat parking yang agak jauh kerana kereta sedara mara dah memenuhi segenap tempat. Cuaca agak panas, baru jalan sikit dah berpeluh banyak.. Sengal kaki malam tadi masih belum hilang, namun, apa ada hal.. thehe
Sesampai je ke perkarangan rumah, aku tengok port kiri rumah tu sesuai lalu memulakan 'establish shots'. Dengan secebis ilmu nipis yang ada, aku mula merakam semua bahan yang perlu. Masa bermula dulu2, perasaan malu, bengang, segan semua ada...
Shoot video zaman ini bukan hanya tercegat berdiri je...semua kene buat..Bila majlis dah bermula, tetamu mula ramai, agak seronok juga dapat jumpa kawan2 Hamizah cik pengantin kita. Kadang2 ucapan diaorang membuat sesiapa yang ada disitu tak kering gusi dibuatnya..
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.. Dalam keterbatasan sedikit pergerakan sebab hujan, aku tetap mencari peluang yang ada, agar rakaman moment menarik/terbaik, tetap dapat dijalankan. Rupanya hujan rahmat yang turun lebat seketika itu, menyebabkan lagi ramai tetamu hadir selepas itu. Gembira sungguh hati En. Hamzah dan isterinya Puan Arpah melihat ketibaan rombongan2 tetamu mereka datang tak putus-putus hingga ke petang. Nak rehat pun tak lepas...
Hamizah dan Fathul merupakan pasangan yang best. Banyak juga persalinan yang mereka pakai sejak malam nikah tempohari. Nikah baju putih, lepas nikah baju oren. Siang berbaju hijau sedondon, manakala potong kek, bergaun purple tua dan kombinasi hitam.. Apa kata remaja2 sekarang? gojes? ya betul... cantik dan menawan. Pandai bergaya pulak tu ..
Lagi sekali, sehabis majlis, penuh tangan kanan kiri aku, dibekalkan berbagai barangan cenderahati oleh ayah ibu pengantin. Banyak pulak diberi kali ni, suka betul hati wife aku dapat macam2 cenderahati yang bukan sahaja cantik malah boleh diguna seharian, iaitu selagi hayat dikandung badan... TQ






0 comments:
Post a Comment