Monday, March 8, 2010

Jek Video Ke Batu Pahat

Teratak Hj. Zul yang indah menjadi tempat singgah pengantin ..

Disebabkan agak sibuk, baru sempat bercerita tentang coverage video aku di Batu Pahat minggu lalu untuk En. Zainal Abiden dgn. pasangannya Zusahidah.

Batu Pahat sekarang jauh berbeza dari yang aku kenal semasa kecil dahulu. Dipenuhi pelbagai rumah baru yg moden lagi cantik2, kedai-kedai yang beranika jenis, hospital pakar dan shopping complex yang banyak dan besar-besar. Namun kerana faktor masa, tak sempat pula aku nak berjalan-jalan di bandar ini.

Lenguh juga tangan masa rakaman akad-nikah ni.. hehe

Majlis pernikahan di adakan di masjid Peserai. Terletak di tepi jalan menghala Muar. Accesibility nya yang mudah, menjadikan masjid ini ramai dikunjungi jemaah baik masyarakat tempatan mahupun sebaliknya. Menarik di situ ialah Tuan Imam mahupun pakcik-pakcik dan para hadirin yang menyaksikan akad nikah, begitu memberi kerjasama dan kebebasan sepenuhnya untuk aku bergerak merakam bahan yang perlu. Keramahan dan senyum mesra mereka, membuktikan orang Batu Pahat ni baik hati. Anak aku, si Adam pun turut mengambil gambar. Tuan Imam siap bagi kebenaran untuk Adam ambil semua gambar yang dia nak.. (Namun lupa pula aku nak ambil screen-shot gambar si Adam.. hehe)


Kumpulan kompang Belia Warisan - Batu Pahat

Seperti biasa kompang menjadi kemuncak suasana perarakan pengantin. Kebelakangan ini, biasa dilihat kepelbagaian uniform kumpulan kompang di sana sini. Ada yang berbaju Melayu, ada yang berbaju batik, ada yang siap bertanjak semua ahlinya dan bermacam-macam lagi. Kumpulan kompang Belia Warisan Bintang di sini menggunakan baju putih biru untuk pakaian seragam kumpulan mereka. Alunan kompang mereka cukup kuat lagi bertenaga. Memang umph... hehe

0 comments:

Post a Comment