Monday, February 22, 2010

Videoshoot Bersama Farah

Farah sedang cuba menzahirkan ekspresi wajah yg
di kehendaki seorang pengarah tak bertauliah
.. hehe

Disebabkan ada sedikit masa lapang semalam, aku dan Ridzuan Hakim membuat satu latihan videoshoot ke arah memantapkan lagi hasil video akan datang. Komitmen Farah = A1 dan terbaik dari semua segi. Bila preview footage video tersebut di 'timeline' malam tadi, memang best!! Walaupun beberapa kelemahan (aku sendiri) dapat dikenalpasti, tapi itu tidak menjejaskan keseluruhan penceritaan berlagu yang cuba aku buat untuk latihan ini.

Di `site', semakin lama shooting dijalankan, kami bertiga semakin cekap. Farah mudah menjiwai dan membentuk ekspressi wajah yang diingini, disebabkan dia mempunyai kecantikan yang asli dan raut muka yang redup lembut lagi menarik .. hehe

Wajah seorang gadis JB..

Sebenarnya, sebelum sesi bermula, aku (konon2 pengarah) telah menjelaskan matlamat shooting ini terhadap Farah. Dalam sesi ini, aku bercita-cita untuk menggambarkan watak seorang gadis melayu yang lembut, ayu dan sopan. Sekaligus mengangkat martabat seorang wanita. Pada aku, wanita itu satu keindahan, dan tidak seharusnya dipotretkan dengan cara yang memalukan dirinya, walaupun segelintir dari mereka rela digambarkan sebegitu. Falsafah aku, wanita adalah individu mulia yang seharusnya dipelihara ..

Thanks semua termasuk kawan aku si Ridzuan Hakim (dan adik kerana banyak membantu hehe.. ) Mungkin Ridzuan ada gambar di sebalik tabir... nanti aku tanya dia kat mana dia upload... hehe..

0 comments:

Post a Comment