Friday, February 19, 2010
Latihan Komando Dengan Leman
Bikin video ni, awalannya memang seronok terutama jika video shoot tersebut hanya untuk main-main, seronok-seronok dan suka-suka. Ketika itu, tiada pressure, tiada tekanan, tiada stress, pendek kata semua best lah.. idea pun mencurah. Dan 1001 jenis editing selepas tu, aku main layan dan bedal aje ... kadang nampak macam best, padahal di mata professional, ianya teruk. haha.
Tapi bila aku makin serious bikin video beberapa tahun dulu, dan mula mengambil upah secara pro, aku dapat merasakan, kerja ini memberi stress yang tersendiri, penat yang tersendiri, kesukaran yang tersendiri dan cabaran yang tersendiri.
Bertitik tolak dari situ, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, aku mula berusaha belajar sana sini, rujuk sana sini, practice sana sini. Dan tahun 2010 ini, aku bersyukur kerana telah dapat melengkapkan semua peralatan yang aku perlukan untuk menghadapi cabaran yang lebih besar. Sahabat aku si Leman pun begitu juga. Pendek kata, secara gigih kami mula melebarkan sayap untuk menghasilkan kerja kerja video yang lebih berkualiti.
Untuk itu, persediaan mental dan fizikal kena kuat dan selari. Dan latihan ala-ala komando perlu kami buat untuk itu. Syukurlah latihan ala ketenteraan ini dah siap dan berakhir. Penat tak terkata.. Hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments: