Tuesday, February 16, 2010

Jek Video Ke Kempas

Minggu lepas, aku ke Kempas untuk perkahwinan Raden Firdaus dan Radiah. Cuaca sekarang ini sungguh panas, kering dan terik. Di rumah aku sendiri, rasanya dekat 3 minggu tiada hujan. Rumput hijau dah jadi perang. Bahang kepanasan berada di mana-mana.

Sedang berdiri terpacak menanti pengantin di luar dewan, kereta beliau pun tiba. Wah, tentu sejuk dan selesa pengantin di dalam tu. Aku turut lega kerana tak perlu menanti terlalu lama. Timing semuanya begitu menyebelahi. hehe..

Aircond sejuk, pengantin selesa ..

Dewan tempat majlis berlansung pula amatlah cool dan nyaman kerana aircond yang kuat. Lega lah sikit kalau rakam video dalam suasana sebegini, Cuma stage Dewan tnb ni agak tinggi, iaitu paras leher aku. Syukur aku ni tak bantut, kalau tak memang susah sikit nak buat kerja .. hehe..

Tinggi juga pentas dewan ni yer !! hehe..

Kali ni aku jumpa sahabat photographer baru iaitu Azhar. Mula-mula aku ingat dia budak Singapore, sebab ada identiti tersendiri yang dia pakai menyebabkan aku sangka begitu. Ternyata tekaan aku salah .. haha .. Azhar sempoi juga dalam mengambil gambar. Pengantin cukup gembira dan memberi respon yang baik, setiap kali Azhar memetik shutter nya.

Jek, pengantin dan Azhar

Dalam majlis ni, aku turut berpeluang membuat satu experimentasi gadget DIY yang aku baru cipta. Tahu tahu je lah, barang video ni bukannya murah2, sama juga macam barang fotografi. Untuk membeli equipment Ori tersebut, sekitar RM2 ribu lebih perlu dimodalkan. Tapi aku dapat buat penjimatan kerana berjaya merekabentuk gadget tersebut secara sendiri.

Keberhasilan ciptaan adalah dalam kadar 95% dan dikira mampu melaksanakan `shooting technique' terbaru yang aku impikan selama ini. Syukur dan alangkah gembiranya .. hehe

6 comments:

  1. Salam...hi saya sedang mencari dewan untuk wedding adik saya bulan September ni. kebanyakan dewan2 yang ok kt jb semua dah fully booked. awak ada tak gambar lain utk dewan TNB ni?nak tgk ok ke tak
    ReplyDelete
  2. Fifi, sori sangat, saya tak perasan komen ni.. lama dah rupanya..

    Ok, sent saya your email address, yg pernah saya shoot nanti saya boleh hantarkan..
    ReplyDelete
  3. salam.. hi.. saya nak cari dewan yang best sekitar jb for wedding?? mana ye?? kalau boleh berdekatan dengan kawasan setia indah dan taman daya.. dan boleh masak disana.. dewan TNB best tapi saya ada tanya orang tak boleh masak..

    boleh send the info thru my email .. nor916@yahoo.com
    ReplyDelete
  4. salam hai saya nak tau kadar sewa dewan TNB la.. ade sesape tau? n nak hubungi sape ya? boleh share ngn saya kat email ni oranggilak_cibjb@yahoo.com
    ReplyDelete
  5. sory salah taip email oranggilak_cobjb@yahoo.com
    ReplyDelete
  6. salam ade sesiape tau cm ne nk book dewan tnb kempas ni n brape harga die..blh tolong email kn ke za_is87@yahoo.com..
    ReplyDelete