Ok, setelah banyak kali berimaginasi dan mencari idea, aku jangkakan kecantikan Nur Aishah & Dzulhelmi, akan lebih 'up' lagi bila shooting dalam cahaya yang suram (warm light). Setelah berbincang dengan Nizam - chanteque pictures, kami mengambil keputusan untuk meneruskan penggambaran ini ke waktu malam, yang ternyata dipersetujui pasangan yang cool tersebut.
Tepat sekali seperti jangkaan aku, suasana suram tersebut, begitu memberi impak besar terhadap mood slow dan romantis yang aku inginkan. Aku sendiri betul betul rasa teruja. Dengan sedikit tunjuk ajar mana yang mampu disamping kepandaian mereka memberi aksi dikehendaki, akhirnya benar2 memberi kepuasan untuk apa yang aku cuba zahirkan dalam fasa editing nanti.
Bukan itu sahaja, warm light ini juga begitu membantu menyerlahkan gemerlapan aksesori yang dipakai mereka seperti crown, earing, necklace, tengkolok, cincin dll. termasuk lah pakaian mereka sekali, sehingga aku dapat 'feel', inilah antara elemen yang indah dipandang mata.
Bestnya!! video aku kahwin dulu, jangan harap la benda2 macam ni..semuanya statik, kejong & keras je. Kini, dapat buatkan video orang
lain dengan baik, sudah cukup memuaskan hati aku :-)
Sungguhpun begitu, rakaman seperti ini memerlukan kesabaran kesemua pihak kerana ianya agak memakan masa. Disamping memerlukan kepada tiang lampu & spot lighting tertentu, beberapa aspek teknikal kamera juga perlu dibuat untuk memberi kesempurnaan bagi rakaman video perkahwinan yang dibuat. Banyak lagi kesan2 menarik dalam rakaman tersebut, seperti 'reflection' dari air - pun cukup menawan kalbu, namun aku rasa, cukuplah sampai di sini dahulu.
Biar pengantin sendiri menyaksikan 'kehebatan cinta mereka' dalam setiap babak yang telah aku rakamkan .. hehe

0 comments:
Post a Comment