Saturday, January 9, 2010

Jekvideo Ke Kg Melayu Majidee

Kg Melayu Majidee memang terkenal di Johor Bahru. Nama je kampung, tapi macam bandar. Ramai kawan2 yang main band rock berasal dari sinilah. Dan di sini jugalah aku diamanahkan membuat kerja2 videografi perkahwinan.

Rakan fotographer aku kali ni ialah Mohamad Nizam - Chanteque pictures. Canon. Low profile, tapi custom album dia tersangatlah cantik. Terer dengan permainan tone warna, susun atur gambar, bahkan setiap gambar beliau, memberi impak tersendiri kepada si pemerhati.

Nizam kiri dan assistant beliau Hafiz berbaju merah

Video perkahwinan kali ni ialah untuk pasangan Nur Aisyah dan Zulhelmi. Wow, sejak mula aku tekan butang record sebelum nikah, sampailah ending, mereka berdua ni tak pernah mengeluh penat, malah tak putus2 memberikan kerjasama. Dengan cuaca yang baik, majlis mereka amat meriah, tetamu ramai, Dj yang hebat, makanan terutama gearbox masak merah yang 'kick' rasanya. Ada dikalangan jemputan dan kawan2 Nur Aisya memakai dslr besar2. Kalau makcik makcik yang tak biasa tengok, pasti akan ingatkan Nur Aiysa dan Zulhelmi ni selebriti. hehe..

Disamping Nizam, aku dapat kawan baru lagi dari KL, iaitu Hamdi... terkangkang, terbaring, membongkok (macam katak) dan mengerekut (macam udang), memanjat dan macam2 lagi semua dia buat, macam Nizam la jugak... Tapi bila aku jeling2 kat LCD skrin mereka, memang gambar power2 dan best sangat ... hehe.. Diharap pengantin bersabar tunggu gambar - gambar dari video aku pulak.. sebab mereka pun tahu, moment dan finishing rakaman tu, sesuatu yang baru dan menggembirakan.. surprise... hehe

Memandangkan hari/cuaca yang baik, pengantin sporting habis, selesai majlis, kami ke sesi outdoor. Maka, banyaklah gelagat kelakar / aksi spontan / gelak ketawa terjadi di situ. Walaupun peha mula sakit kerana dah begitu banyak bergerak, namun sesi videografi outdoor tetap perlu dijayakan. Syukur, akhirnya membuahkan hasil seperti yang aku dan Nizam harapkan.

Sesi outdoor - Nizam power dalam memberi arahan untuk pose yang dikehendaki.
Aku je yang kurang power, sebab tak sempat minum air power root.. hehe


Antara scene yang terkandung dalam video aku nanti ..


Babak temuramah / ucapan dari keluarga terdekat pengantin.

Gambar di atas aku petik untuk menunjukkan Babak temuramah / ucapan yang berlansung. Sebenarnya terdapat 3 jenis input bagi audio yang boleh aku rakam, iaitu -built-in mic, shotgun mic, dan xlr mic.

Selalunya aku pakai shotgun mic sahaja. Tapi kali ini, aku dapati, 'environment' lebih memerlukan aku memakai 'wired mic'. Memanglah agak leceh sikit sebab berkabel, tapi mutu audio/stereo dia agak best dan dapat capture sound yang cantik, walaupun diganggu oleh bunyi2 lain yang agak kuat dan bising.

Ucapan jutaan terima kasih untuk pengantin, khususnya Nizam kerana memberi kepercayaan untuk aku cover majlis ini, juga buat Hafiz kerana banyak membantu aku melaksanakan kerja ..



0 comments:

Post a Comment