Monday, January 4, 2010

Jek Video Ke Bukit Easter

Sungguh ramai yg menyertai perarakan pengantin lelaki..
Toll je ada 5 tempat .. orang luar Johor kena ambil tahu hal 'toll' ni.. hehe


Minggu lepas merupakan coverage video terakhir aku untuk tahun 2009. Bertempat di Bukit Easter (sebuah gugusan Felda di Kota Tinggi), aku diamanahkan untuk merakam majlis Hairiliza dan Shariffudin. Aku turut merasa bangga dengan penghayatan kemasyarakatan felda di sini, riang, mesra, bersatu padu. Ramai sungguh jiran lelaki / perempuan (dipanggil kendarat) yang memberikan kerjasama.


Eddie, pengantin dan Aku... gambar kenang2an je..
Eddie otai beb, pakai 2 body (camera) + 1 galah sawit .. haha

Ok, geng fotografi aku kali ni ialah Boss Sri Delima Bridal sendiri iaitu bro Eddie. Dulu pernah jumpa, tapi masa tu dia just manage majlis, tapi kali ini dia sendiri turun padang menjadi penembak tepat untuk still photo pengantin. Bukan lah nak puji sesangat, cuma nak bercerita jujur, - selalunya orang yang dah bertitle boss ni, karakter dia lain sikit. Tapi Eddie ni memang kepala tak kisah sikit dengan aku. Bergurau, ketawa terkekeh kekeh, gelak sana sini, banyak idea dan pandai posing, menyebabkan aku teramat selesa bekerjasama dengan beliau. Sungguhpun begitu, gambar/kerja yang dijalankan, tetap bermutu tinggi.

Salah satu shot di pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor .. memang syiok... hehe

Untuk sesi outdoor, aku bersyukur kerana diizinkanNya membuat rakaman di pantai Desaru, yang terkenal di negeri Johor ni, walaupun seketika. Teringat ingat lagi, ombak deras, pantai yang bersih, angin kencang mewarnai suasana penggambaran ketika itu. Yang aku tak perasan, lens video aku terpercik air daaa.. huhuhu...

2 comments:

  1. lens mahal bro tu terpercik air?isk isk.isk..
    ReplyDelete
  2. Low angle kat laut.. nasib baik tak serious.. hehe
    ReplyDelete