Lupa pulak nak cerita, sebelum shooting majlis perkahwinan Jimi di Kluang tempohari, aku shoot pasangan pengantin di tempat aku, Kota Tinggi, iaitu Mira & Razif. Selalunya dalam aku membuat rakaman, aku suka perhatikan karakter pengantin. Syukur pada tuhan, pengantin yang selalu aku rakam videonya, baik dan best best belaka. Seperti Razif ni juga, orangnya cukup bersahaja, mudah ketawa, tapi aku paling respek ialah bab kejujuran yang ada pada diri beliau.
Rakan photographer aku kali ni ialah Mohd Aizat Ramli (Ijat) dari KL. Dia memang dipanggil khas oleh pengantin, sebab member mereka. Ijat ni berasal dari Kedah. Lihat kerja kerja beliau di http://manisphotography.blogspot.com. Seronok juga berbual dengan slang orang Kedah, tambahan pula Ijat ni pun turut mempunyai pengetahuan tentang video production.
Wednesday, December 30, 2009
Thursday, December 24, 2009
2 Videographer
Untuk job kali ini, pengantin aku, Jimi & Liza meminta aku menyediakan 2 videographer, kerana mereka mahukan single-live-feed. Jadi, aku panggil assistant aku iaitu brader Sakrani, merangkap kawan baik (juga kawan lama) untuk turun padang. Yang bestnya assistant aku tu ada alat komunikasi radio. Dengan alat ini, mudah sikitlah kami buat kerja.. hehe
Group foto - Adzrin Trzphoto (kiri sekali) pandai posing beb..
patutla gambar pengantin dia cun cun .. hehe
Pengantin kali ni, iaitu Jimi & Liza, memang teramat best, baik hati, mudah berbincang, mudah tersenyum dan ketawa, dan lagi, pandai buat kelakar ... Aksi mereka spontan dan bersahaja. Setinggi terima kasih buat mereka kerana mengambil Jekvideo untuk mengabadikan rakaman.
Tak lupa terima kasih buat member aku, Adzrin untuk segala jenis bantuan yang telah diberi, termasuk email gambar ini.. Dapatlah aku sambung cerita pengalaman sikit2 .. hehe..
Group foto - Adzrin Trzphoto (kiri sekali) pandai posing beb..patutla gambar pengantin dia cun cun .. hehe
Pengantin kali ni, iaitu Jimi & Liza, memang teramat best, baik hati, mudah berbincang, mudah tersenyum dan ketawa, dan lagi, pandai buat kelakar ... Aksi mereka spontan dan bersahaja. Setinggi terima kasih buat mereka kerana mengambil Jekvideo untuk mengabadikan rakaman.
Tak lupa terima kasih buat member aku, Adzrin untuk segala jenis bantuan yang telah diberi, termasuk email gambar ini.. Dapatlah aku sambung cerita pengalaman sikit2 .. hehe..
Wednesday, December 23, 2009
Stesyen Keretapi Kluang
Suatu ketika dahulu, aku dengan kawan2 photographer JB, ingin sangat naik keretapi dari JB dan ambil gambar ala-ala photojournalist atau street shooting di bandar Kluang termasuk stesyen keretapinya (namun tak menjadi kerana ada sahaja aralnya). Jadi, dikesempatan yang ada, aku dan Adzrin Trzphoto dapat juga singgah sekejap di stesyen tersebut.
Untuk kenang2an, aku mintak bantuan photographer kecik iaitu anak aku, si Adam ambil gambar. Kira okey jugaklah bakat si Adam ni. Kadang aku sendiri tetarik dengan compositionnya, walaupun dia kategori belasah aja & dengan hanya sedikit guidance.
2. Inilah kedai kopi + roti bakar yang terkenal itu.
Pandai juga anak aku ambil gambar.. hehe
3. Minat terhadap Video & Foto - dapat ramai kawan baru
- Cik SingEee dari KL (pengguna Canon macam Trisno)
4. Photog perkahwinan JB, dari kiri - Azmeir & Adzrin..
Diaorang ni laris beb!, bakal pengantin kena book mereka awal ..
5. Akhirnya aku dan Adam sampai ke depan Dewan majlis ...
Adam minat betul terhadap semua equipment aku.. kadang dia belasah je pakai..
Bersambung ....
Untuk kenang2an, aku mintak bantuan photographer kecik iaitu anak aku, si Adam ambil gambar. Kira okey jugaklah bakat si Adam ni. Kadang aku sendiri tetarik dengan compositionnya, walaupun dia kategori belasah aja & dengan hanya sedikit guidance.
2. Inilah kedai kopi + roti bakar yang terkenal itu.Pandai juga anak aku ambil gambar.. hehe
3. Minat terhadap Video & Foto - dapat ramai kawan baru- Cik SingEee dari KL (pengguna Canon macam Trisno)
4. Photog perkahwinan JB, dari kiri - Azmeir & Adzrin..Diaorang ni laris beb!, bakal pengantin kena book mereka awal ..
5. Akhirnya aku dan Adam sampai ke depan Dewan majlis ...Adam minat betul terhadap semua equipment aku.. kadang dia belasah je pakai..
Bersambung ....
Tuesday, December 22, 2009
Jek Video ke Kluang
Syukur pada Allah, perancangan & shooting video perkahwinan aku di Kluang Johor pada 19/12 berakhir sudah. Kali ni, pasangan photographer aku, member lama juga, sedara Adzrin Taib (www.trzphoto.com) dari JB. Memang puas hati kerja dengan Adzrin, kerana begitu banyak membantu. Seorang yang yang cool, tenang dan cepat mesra. Sampaikan nak ajak breakfast luar, dia jemput aku di Prime City tempat aku menginap (JIMI sponsor, trima kasih encik pengantin).
Kluang memang terkenal dengan kopi railway & roti bakarnya, jadi aku dan Adzrin nak cuba jugalah.. Sungguh tak sangka, rupanya sorang lagi photographer JB, iaitu Azmeir (http://ekphotography.asia/myblog/) pun turut cover job pengantin beliau di Kluang juga. Riuh juga lah berborak di situ. Sempat juga buat satu dokumentari suka-suka di sana.
Dialog 1
Adzrin : Bro!! jalan-jalan nampak kumbang, mintak rokok sebatang..
Azmeir : Maaf!! jalan-jalan nampak perigi, lu beliiii lah sendiriii..
Dialog 2
Aku : Azmeir, kau pandai pandu keretapi tak?
Azmeir : Ish.. usah kan keretapi, kapal angkasa pun aku boleh la Jek .. hehe
Banyak sungguh sebenarnya cerita di Kluang ni sebab kami spend masa 3 hari di sana. Rasa seronok nak kongsi dengan kawan2 photographer JB khususnya, yang mengenali kami. Jangan diorang menyampah sudah... hehe.. Abeja n Mazrul, kami dah cari kan port baik untuk pengantin korang nanti.. `permit' kelulusan pun dah dapat, ada pada Tenno dan Azmeir.. hehe
Kluang memang terkenal dengan kopi railway & roti bakarnya, jadi aku dan Adzrin nak cuba jugalah.. Sungguh tak sangka, rupanya sorang lagi photographer JB, iaitu Azmeir (http://ekphotography.asia/myblog/) pun turut cover job pengantin beliau di Kluang juga. Riuh juga lah berborak di situ. Sempat juga buat satu dokumentari suka-suka di sana.
Dialog 1
Adzrin : Bro!! jalan-jalan nampak kumbang, mintak rokok sebatang..
Azmeir : Maaf!! jalan-jalan nampak perigi, lu beliiii lah sendiriii..
Dialog 2Aku : Azmeir, kau pandai pandu keretapi tak?
Azmeir : Ish.. usah kan keretapi, kapal angkasa pun aku boleh la Jek .. hehe
Banyak sungguh sebenarnya cerita di Kluang ni sebab kami spend masa 3 hari di sana. Rasa seronok nak kongsi dengan kawan2 photographer JB khususnya, yang mengenali kami. Jangan diorang menyampah sudah... hehe.. Abeja n Mazrul, kami dah cari kan port baik untuk pengantin korang nanti.. `permit' kelulusan pun dah dapat, ada pada Tenno dan Azmeir.. hehe
Thursday, December 17, 2009
Jek Video Ke Senai
Pentas khas untuk ghazal dari Muar, JohorSound system mereka sekarang cukup maju, sedap bunyinya..
Nasib baik rumah Nora tak bergegar .. hehe
Dengan Trisno, semasa di Senai, kami akui kadang layan asyik juga mendengar irama ghazal yang diperdengarkan. Kumpulan Ghazal dari Muar, Johor tersebut memang pro dan otai .. Sound balancing nya amat baik hingga jelas kedengaran semua instrumen yang digunakan tanpa menenggelamkan suara / vokal penyanyi. Manakan tidak, speaker dan pentas yang tersedia, cukup besar dan sesuai untuk majlis Nora ini. Era persembahan ghazal terkini menyaksikan ianya semakin profesional dan bukan kampungan lagi (seperti yang aku sangka dulu.. hehe)
Bekerja dengan kawan photographer seperti Trisno, ternyata amat memudahkan aku membuat rakaman video. Untuk enjoy, kami selalu menyakat sesama sendiri. Trisno sebenarnya boleh menyanyi lagu ghazal dengan baik, kerana nafasnya pun panjang.. beliau turut pandai membuat lenggok suara, cuma sebab dia pemalu (macam aku juga), putus asa juga lah aku nak tengok dia nyanyi ghazal secara live .. hehe
Saudara Trisno - antara professional photographer di JB,attitude dan cara kerja beliau turut digemari rakan dan para clientnya.
Dia turut menganjurkan sesi belajar fotografi apabila ada kelapangan ..
Tatkala ghazal berkumandang, pengantin perempuan iaitu Sharifah Nora yang sedang menanti di tingkat atas, memang bergaya dengan baju mewahnya. Warna purple pekat, begitu mewarnai suasana majlis perkahwinan beliau yang gilang gemilang itu.
Pengantin perempuan, memang ceria dan berseri sentiasa ..Selepas habis majlis, sesampai di rumah, dengan keletihan yang amat sangat, aku tetap kuatkan semangat dan tingkatkan daya fikir, untuk merancang penggambaran seterusnya iaitu
di Kluang Johor pula.... kalau sempat, boleh pekena kopi dan roti bakar di stesyen keretapinya yang terkenal itu. Job akan datang, bersama seorang lagi rakan foto iaitu sedara Adzrin Taib ..
di Kluang Johor pula.... kalau sempat, boleh pekena kopi dan roti bakar di stesyen keretapinya yang terkenal itu. Job akan datang, bersama seorang lagi rakan foto iaitu sedara Adzrin Taib ..
Tuesday, December 15, 2009
Job Dengan Trisno
Minggu lepas job aku di Senai. Coverage kali ni, berpasangan pulak dengan si Trisno. Aku berkawan ngan Trisno ni dah lama, cuma sesi kali ni baru dapat bekerja-sama. Aku sendiri pun memang suka gambar-gambar Trisno ni. Macam kawan2 foto lain, gambar dia bukan sahaja cantik, malahan punyai style dan keunikan tersendiri. Lihat hasil kerja dia di www.trisno.netTapi yang pasti, kerja memang gembira lah. Trisno punya lawak, memang ada kelas dan amat mencuit hati aku, idea pun banyak .. Jumpa pulak Sri Delima bridal, pun aku suka sangat.. Aku suka Kak Lydia tu (termasuklah suami dia Eddi) sebab mereka tu sporting sangat. Mudah tersenyum kat aku, walaupun aku tak hensem. Masa dengan Amrul dulu, aku dah tahu, kak Lydia tu memang okey, so shoot dengan dia, memang marvellous..
Namun begitu, perkara paling penting ialah pengantinnya juga. Nora dan suaminya Din, memang terbaik lah memberi kerjasama pada aku dan Trisno. Shooting terakhir kami berakhir di Danga Bay, JB.
Berikut sedikit gambaran lucu, bila mana, Nora mencium suaminya dengan penuh kasih sayang. Penggambaran sengaja dilakukan ditempat agak kelam sedikit untuk mood romantik.. pegh..hehe
Tuesday, December 8, 2009
Fresh Flowers

Fresh flowers atau bunga hidup segar sangat digemari dan disenangi oleh kaum hawa. Dan sebagai seorang yang bakal bergelar Ratu Sehari, pengantin perempuan pun selalunya amat tertarik lagi concern dengan bunga-bungaan ini.
Fresh flowers amat indah jika kena cara gubahannya. Dengan warnanya yang pelbagai, ditambah dengan kepakaran dan kreativiti penggubahnya, sudah tentu bunga hidup segar ini dapat membantu mencantikkan persekitaran, khususnya di lokasi strategik pilihan pengantin, sebagai contoh - pelamin, meja jamuan, meja kek, pentas dan sebagainya.
Fresh flowers walaubagaimanapun, bukanlah murah. Ia membabitkan kos yang agak tinggi, apatah lagi jika digunakan dengan kuantiti dan pilihan bungaan yang banyak. Walaupun sumbangannya kepada sesuatu majlis tidak boleh dipertikaikan, namun ia tetap akan layu dimamah usia singkatnya.
Jadi, buatlah priority atau pelaburan lebih sikit ke atas VIDEO PERKAHWINAN (dan juga fotografi) yang aku atau kawan2 aku buat. Dua benda ni jer yang dapat membantu mengekalkan memori perkahwinan sehingga boleh dilihat kembali bukan hari ini sahaja, malah sepanjang hayat... hehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)






