Tuesday, November 24, 2009

Kek Pengantin


Dalam majlis perkahwinan, tidak boleh tidak, mesti ada acara memotong kek. Kek ini pula, datang dengan berbagai bentuk, saiz dan warna. Selalunya memang cantik, tapi dari segi rasa, aku tak tahu la, sedap ke tidak.. Sebab aku tak suka makan kek.. aku suka ais-krim je.. hehe

Sungguhpun kebanyakkan pengantin menggunakan kek biasa yang ditempah, terdapat juga 'kek' yang dibuat dari pulut kuning yang dihias cantik macam kek biasa. Kek ini, tak kisahlah dari jenis apa ianya dibuat, selalunya di design bertingkat, untuk lebih meriah. Ada 3 tingkat, ada 4 tingkat dan ada bertingkat-tingkat macam hotel.. Itu semua, citarasa pengantin lah..

Cuma, kadang2 terdapat kelemahan disudut si pembuat kek. Mereka selalunya menumpukan kecantikan di bahagian atas kek tersebut sahaja. Bahagian alas (bawah) tidak dititikberatkan. Maka dalam kes aku, berlakulah sedikit kecacatan, bilamana kek tersebut setinggi 4 tingkat, sudahlah diletak atas meja, malah ditinggikan lagi dengan meletakkannya di atas pentas (stage) pula.

Kek sebenarnya menjadi antara elemen menarik dalam video. Maka untuk dapatkan shot menarik, selalunya videographer akan melayarkan kamera, untuk mengambil gambar menarik di sekeliling kek tersebut. Sayang sekali, dalam aku me-record tu, ternampak kepingan 'plywood' yang tidak kemas, comot pulak tu, menjadi alas kepada kek tersebut.

Hal ini tentu dapat diperbaiki, seandainya si pembuat kek - peka terhadapnya. Mujurlah kebanyakkan videographer, menyedari kelemahan sebegini dan hanya memberikan gambaran2 menarik sahaja di sepanjang majlis perkahwinan client2 mereka..

ewaahhh!! ... hehe..

Thursday, November 5, 2009

Kamar Pengantin

Bilik pengantin , Yveth & suami, amat indah, kemas dan cantik.
Warna putih dindingnya yang sedikit bercorak, menggambarkan
suci dan luhurnya kasih sayang & cinta mereka berdua..

Masa kahwin dulu, bilik pengantin aku kelakar sikit. Kelakarnya bukan apa, bersepah dan tak terurus. Masuk video plak tu .. haha. Maka kelihatan lah dalam video perkahwinan aku tu, benda-benda yang tak sepatutnya ada, termasuklah beg plastik sampah, bakul, seterika yg wayarnya tercabut, baju yang tak berlipat dll. Nasib baik benda sensitif macam spender, aku urus dengan baik. Kalau tak, tentu malu diketawakan keluarga bila menonton video tu sama-sama.

Sekarang, bila aku shoot video pelanggan, seboleh mungkin, aku cuba dapatkan angle-angle yang baik, kemas, lawa dan tidak mengaibkan pengantin. Kadang2 aku sendiri, menyusun dan mengalih barangan yang tak perlu, mengelap cermin yang berdebu, menyorokkan lipstik yang patah dan macam2 lagi, demi membuatkan video tersebut kelihatan sempurna.

Kerja-kerja shooting sebegini, sememangnya memerlukan kerelaan dan keikhlasan hati. Kalau kita terlalu bersikap 'money oriented' mengejar upah dan duit semata-mata, tentulah benda2 kecil ni kita biarkan begitu sahaja. Namun, itu bukan kepuasan bekerja yang aku amalkan selama ini... hehe

Wednesday, November 4, 2009

Bunting

Bunting atau banting merupakan satu elemen pemberitahu bagi sesuatu event atau majlis. Kini popularitinya meningkat sehingga turut diguna dalam majlis2 perkahwinan. Selain menjadi penunjuk arah, bunting turut digunakan sebagai alat hebahan, bagi menunjukkan 'siapa' yang akan berkahwin. Menggunakan percetakan inkjet, material yang digunakan dalam percetakan bunting ini disebut 'tarpauline'. Ia amat cantik jika didesign oleh orang-orang yang berkemahiran dalam bidang ini.

Aku cadangkan pengantin aku Hairi & wife,
bergaya depan bunting mereka, dalam satu shot video yg dibuat..


Member aku pernah bercerita, beliau memenuhi undangan perkahwinan sahabatnya di Larkin, JB. Dua majlis berjalan serentak pada hari dan waktu yang sama. Berdekatan pulak tu. Jika tidak kerana bunting yang terpamer di situ, sudah pasti dia salah rumah dan makan nasi beriani gam, di rumah pengantin lain, yang bukan kawannya !! Haha...