Monday, September 7, 2009

Kestabilan Shot

Pada pandangan aku, kunci kepada video yang baik lagi enak ialah Kestabilan Shot. Sebab itulah ramai jurutera pecahkan otak, merekacipta peralatan juga teknologi, untuk menstabilkan imej. Maka muncullah benda2 seperti modosteady, glidecam, flycam, dolly n track, jib arm dll. Begitu juga istilah seperti IS (image stabilization) VR (vibration reduction) dsb. yg. tidak asing bagi kaki kamera/video.

Walaupun aku bukan jurutera, aku turut terpanggil layan benda2 ni dulu, semata2 untuk bereksperimen, dapatkan shot yang stabil. Ketika itu, aku reka & cipta sendiri benda ni, tanpa refer ke mana2 sumber rujukan. (lihat experimen aku yang lepas) Dah siap, testing dll, aku tahu kelemahannya. Aku berangan nak buat modifikasi pembaikan rekaan ni .... malangnya, sampai berita ni ditulis, aku tak sempat buat, sebab hidup aku ni macammm sibuk manjang.. haha..


Semalam, aku terjumpa pulak alat ni yang fungsinya hampir sama, mat saleh buat. Cuma bentuknya memang kemas, professional dan hensem. Sebenarnya, niat hati aku, nak modified rekaan aku tu jadi lebih kurang macam nilah.. Rupanya mat saleh tu ada idea yang sama macam aku.. Alat ni diaorang panggil Omni-track. Letak kamera video di atasnya tekan butang record, dan tolak tayar tu. Shot yang bakal diperolehi memang amat memuaskan ..

Kalau aku ni rajin duduk memikir, tak payah shoot video,
ntah ntah aku boleh jadik inventor, kaya beb!! hehe...

Thursday, September 3, 2009

Video - Point of View

Lupa betul nak ucap terima kasih dan syabas untuk Radiohed kerana menganjurkan sesi 'phototalk' yang lepas. Radiohed memang mantap, gambar fotonya selalu keluar dalam National Geographic, Reuters, Architecture Mag dll, telah turut memberi serba sedikit pembuka kata di malam itu. Semuga kau terus berjaya ....

Tadi, Azmeir email satu lagi gambar aku, masa sesi 'phototalk' yang lepas.

Azmeir satu-satunya rakan foto yang diminta tolong oleh penganjur, agar, membawa kamera, untuk liputan malam tu. Almaklumlah, yang hadir tu semua adalah barisan jurufoto-jurufoto termasuk jurufoto perkahwinan, yang bukan calang-calang lagi handal-handal di JB ni (termasuklah si Azmeir tu sekali). Penganjur cuak, kalau dibenarkan semua bawak kamera, takut tempat tu jadi gelanggang kilat sabung menyabung dek cahaya flash masing-masing. Sudahnya, kang mat Itali tu tak boleh bercakap pulak nanti. Hehe..

Ok, dalam video, setahu aku, istilah atau teknik Point-of-view merujuk kepada kaitan (relation) antara muka/wajah/expressi si subjek dengan apa yang sedang dilihatnya. Maka, pada satu ketika, aku pun ke depanlah untuk dapatkan POV si Alessandro tu. Teknik POV ni best jugak kerana aku dapat melihat gelagat kawan-kawan yang khusyuk dengar speech tu.. Boleh kata semuanya bermata terang, fokus dan berminat terhadap apa yang diperkatakan. Kalau kuliah kat surau, rasanya separuh tentu dah tidor tu.. siap ada yang berdengkur ... (termasuk aku kot .. hehe)

Tapi yang menarik dalam gambar ini ialah Point-Of-View si Azmeir pulak selaku jurugambar,

.... terdapat satu Iklan Stokin yang tidak disengajakan..... hehe...