Gambar ihsan dari Azmeir - EK Photography(http://ekphotography.asia/myblog)
Kesian, dia tak masuk dalam gambar ... hehe
Yusri Hashim (singkatnya Yus) - member aku, suatu masa dulu pernah berkata:-
Yus : Jek, kau ni minat video kan?,
nanti aku kenalkan kau dengan Tok Rimau...
Aku : Err Tok Rimau? (badan dia berbelang ke? mesti otai video ni..)
Tapi perkataan aku yang dalam bracket tu, aku tak luahkan pada Yus ..
Yang keluar dari mulut aku "Okey" ja..
Dialog di atas telah berlaku beberapa tahun yang lalu ..
Hanya pada malam tadi, ya tuan-tuan dan puan-puan, baru aku dapat rezeki berjumpa dengan Tok Rimau. Orangnya hensem, kaca mata, ramah mesra, (cuma rasahati aku berkata - tak tau la betul ke tak), ada masa tertentu, dia ni memang garang.. haha... Aku bertembung dengan Tok Rimau ni di opis Pertubuhan Arkitek Malaysia, Wilayah Selatan untuk satu sesi Phototalk. Sehari sebelum itu, melalui telefon tangan:-
Yus : Jek, kao rakamkan video Introduction to Photojournalism oleh Alessandro Scotti (Itali) tu yer! Nanti aku kenalkan kao sekali dengan Tok Rimau... dia pun datang tu!
Aku : Okey... (alamak, aku segan gila la nak shoot video depan Tok Rimau)
Dalam kepayahan dan kesegan siluan, aku gagahkan juga buat rakaman video.. Phototalk oleh duta United Nation, si Alessandro ni memang mantap. Kerja merakam gambar yang dibuatnya selalu terdedah kepada ancaman maut. Dadah!! Pergh, lagi hebat dari pameran anti-dadah yang pernah aku tengok kat Malaysia ni. Nanti kalau aku ada masa, aku nak upload video 'talk' dia ni. Mungkin ramadhan tahun depan kot baru siap video aku.. haha.
Selepas sesi mamat Itali tu, kami dipertontonkan 'short movie' Tok Rimau berjodol "Bumbung Orang Lantai Aku" . Cerita Tok Rimau ni , sesekali lebih kuat menenggelamkan talk Alessandro tu tadi dari minda aku. Ringkasnya, pengisian malam tadi, memang best gila, walaupun aku travel balik, sampai `gate' tempat aku jam 2.30 pagi. Dah kunci dah pun!!
Oleh kerana aku sorang jer bawak anak (si Adam) malam tadi, memang sepatutnya sebagai ayah, aku rasa berbangga sikit, sebab,
1. Adam tahu, aku ni ramai jugak kawan... hehe
2. Adam tahu, aku selalu merayap malam, sebab carik ilmu.. hehe..
3. Adam tahu, aku ni serious main video.. hehe
4. Adam tahu, aku dah berkawan degan Tok Rimau .. hahahaha...




