Friday, July 24, 2009
Internet & VSAT
Zaman sekarang ni, kalau nak dapatkan maklumat, sikit-sikit internet (baca 2 x yer). Nak tahu cara masak maggi pun, ntah2 ada kat internet. Cara nak tukar lampin anak pun, rasanya ada tu kalau dicari.. hehe.. Kemudahan streamyx, broadband, termasuk yang wireless wireless ni, kian lama kian popular dan menyenangkan. TAPI, MALANG sekali ..
Tempat aku ni tiada kemudahan tersebut. Mula-mula yang ada tu, hanya dial-up sahaja. Streamyx tiada coverage di sini. 3G pun sama, kalau beli pun signal dia drop jadi Gprs. Itupun nasib jugak. Selalunya baik pakai dialup kembali. hehe..
Masa semakin berlalu. Tatkala orang lain boleh bantu anak masing2 buat homework berbantu internet, aku masih di takuk lama, sampailah kami beralih menggunakan VSAT (Very Small Apperture Terminal). Dengar nama, macam best. Wire-less pulak tu. Sepatutnya internet aku mestilah dasyat lajunya. Tambahan pulak email email rasmi beratus ribu juta banyaknya masuk setiap hari. Hehe..
Tapi sayang seribu kali sayang, pemakaian ni, walau aku dah komplen beratus ratus juta bilion kali, walau peralatan tu dah macam2 ditukar ntah apa kebende namanya, speed internet aku TETAP MANTAP macam dulu iaitu `slow' macam kura kura .. hehe..
p/s - ada member tanya, slow macamana? aku jawab, kalau nak baca Berita Harian atau Utusan Malaysia online, aku bukak laman tu, pastu aku pergi kantin, order 2 keping popia goreng, 1 ketul kuih koci + air kopi radix, siap sarapan tu, aku masuk balik, baru page 1 tu load habis... Sebab tu aku jarang baca suratkabar .. hehe...
Tuesday, July 14, 2009
Gelagat Photographer JB - Siri 2
Ada sikit lagi sambungan aktiviti kawan2 aku yang kat JB tu .. Kali ni, diaorang rampas videocam aku dan paksa aku bercakap... terpaksa juga lah melayan karenah anak anak nakal ni.. hehe.. Memang fun betul la diaorang ni..
Gelagat Photographer JB
Seperti yang dicerita sebelum ini, habis je event, aku ke Anggun. Jumpa kawan2 fotografi sambil minum teh godak sendiri. Sayangnya geng video aku, si Leman takde pulak, sebab ke Batu Pahat katanya. Disebabkan bateri & memory card ada sikit ruang lagi, kami semua mengetest buat rakaman suka-suka.
Tak sangka ramai yang malu dan segan nak bercakap. Bayangkan, (kejap eh, aku pun nak bayangkan ni.. hehehe) mereka ni biasa berkomunikasi dengan pengantin, suruh itu, suruh ini, suruh posing dll., tapi bila kena diri sendiri, pemalu jugak rupanya .. hahaha...
Aku ni, kalau bab video pengantin, tak tau la apsal, memang jarang upload.. Mungkin aku malu, sebab ramai yang lagi power-power rangers kat luar sana. Tapi kalau bab video macam ni, aku suka... hehe...
Cuma, ratio video ni asalnya 16:9 - wide, pastu kene deal dengan compression dan 4:3, kualiti drop dengan begitu jauh sekali.. Sapa-sapa yg nak view max, datanglah ke teratak buruk aku ... bawak cempedak sket barang sebiji dua.. hehe
Part One ...

Monday, July 13, 2009
Event - Austin Hill Golf Resort
Malam minggu lalu (Sabtu), aku berpeluang cover job untuk satu client di Austin Hills Golf Resort, antara padang golf terkenal di Johor Bahru. Clubhouse nya tersergam besar dan indah. Padang golfnya menghijau, ada bukit, ada kolam.. tenang dan damai rasanya .. hehe.. Oleh kerana event ni melibatkan ramai orang dan jauh dari aspek wedding yang selalu dibuat, aku berpendapat perlu membuat persediaan & perancangan rapi, memandangkan aku turun sebagai solo shooter. So aku pergi 'riki-riki' sehari sebelumnya iaitu hari Jumaat.
Event berlansung, dan kemudiannya tamat. Seperti biasa, banyak pengalaman2 baru dialami dan ditempuhi. Rasanya tak terlalu banyak kesulitan yang ditempuhi, cuma keadaan lighting yang agak malap menyebabkan `gain' terpaksa naik sehingga 12dB. Sebab event panjang, 'main' battery kaput dan perlu dicaj semula. Lain-lain, ok ok je .. syukur..
Habis jer event tu, aku bergegas ke port geng Photography aku kat Larkin Perdana... Cerita dan rakaman Video untuk aktiviti kat Restoren Anggun tu sedang dalam proses... Memang geng tak senonoh tu akan pecah perut ketawa lah tak lama lagi dalam blog ni ... hehe... Tungguuuuu...
Friday, July 10, 2009
Video Editing Software
Masa mula-mula belajar mengedit video, aku rasa teramatlah seronok. Masa tu aku dapat load satu video file dari kamera video kecik (macam mainan je) member aku ke dalam komputer. Resolusi video tu memang kecik sangatlah, ntah berapa aku pun tak ingat, janji nampak gambar bergerak.. Dengan perisian window movie maker, aku cuba explore sana sini.
Sekarang ni, makin banyak aku tahu, makin banyak pulak aku rasa benda yang aku tak tahu. Memang terdapat banyak Video Editing Tools dalam pasaran dan memberi impak yang berbeza beza antara satu sama lain. Hendak memiliki Video Editing Software yang ori, pegh.. bukan murah murah. Kadang nilainya sampai 6 bulan gaji mat indon potong buah sawit kat ladang, baru dapat beli. Itupun semua gajinya disimpan tiap bulan, tanpa membeli kicap, garam, gula dan beras walau sebutir pun.
Nasib baik aku dapat Original Video Editing Software bundled dengan videocam aku - masa tu promosi. (cuma macam susah sket la nak guna.. hehe)

Subscribe to:
Posts (Atom)