Minggu lepas job aku di Senai. Coverage kali ni, berpasangan pulak dengan si Trisno. Aku berkawan ngan Trisno ni dah lama, cuma sesi kali ni baru dapat bekerja-sama. Aku sendiri pun memang suka gambar-gambar Trisno ni. Macam kawan2 foto lain, gambar dia bukan sahaja cantik, malahan punyai style dan keunikan tersendiri. Lihat hasil kerja dia di www.trisno.netTapi yang pasti, kerja memang gembira lah. Trisno punya lawak, memang ada kelas dan amat mencuit hati aku, idea pun banyak .. Jumpa pulak Sri Delima bridal, pun aku suka sangat.. Aku suka Kak Lydia tu (termasuklah suami dia Eddi) sebab mereka tu sporting sangat. Mudah tersenyum kat aku, walaupun aku tak hensem. Masa dengan Amrul dulu, aku dah tahu, kak Lydia tu memang okey, so shoot dengan dia, memang marvellous..
Namun begitu, perkara paling penting ialah pengantinnya juga. Nora dan suaminya Din, memang terbaik lah memberi kerjasama pada aku dan Trisno. Shooting terakhir kami berakhir di Danga Bay, JB.
Berikut sedikit gambaran lucu, bila mana, Nora mencium suaminya dengan penuh kasih sayang. Penggambaran sengaja dilakukan ditempat agak kelam sedikit untuk mood romantik.. pegh..hehe
0 comments:
Post a Comment