Tuesday, December 22, 2009

Jek Video ke Kluang

Syukur pada Allah, perancangan & shooting video perkahwinan aku di Kluang Johor pada 19/12 berakhir sudah. Kali ni, pasangan photographer aku, member lama juga, sedara Adzrin Taib (www.trzphoto.com) dari JB. Memang puas hati kerja dengan Adzrin, kerana begitu banyak membantu. Seorang yang yang cool, tenang dan cepat mesra. Sampaikan nak ajak breakfast luar, dia jemput aku di Prime City tempat aku menginap (JIMI sponsor, trima kasih encik pengantin).

Kluang memang terkenal dengan kopi railway & roti bakarnya, jadi aku dan Adzrin nak cuba jugalah.. Sungguh tak sangka, rupanya sorang lagi photographer JB, iaitu Azmeir (http://ekphotography.asia/myblog/) pun turut cover job pengantin beliau di Kluang juga. Riuh juga lah berborak di situ. Sempat juga buat satu dokumentari suka-suka di sana.


Gambar / composition : credit to anak aku, Adam

Dialog 1
Adzrin : Bro!! jalan-jalan nampak kumbang, mintak rokok sebatang..
Azmeir : Maaf!! jalan-jalan nampak perigi, lu beliiii lah sendiriii..


Dialog 2
Aku : Azmeir, kau pandai pandu keretapi tak?
Azmeir : Ish.. usah kan keretapi, kapal angkasa pun aku boleh la Jek .. hehe

Banyak sungguh sebenarnya cerita di Kluang ni sebab kami spend masa 3 hari di sana. Rasa seronok nak kongsi dengan kawan2 photographer JB khususnya, yang mengenali kami. Jangan diorang menyampah sudah... hehe.. Abeja n Mazrul, kami dah cari kan port baik untuk pengantin korang nanti.. `permit' kelulusan pun dah dapat, ada pada Tenno dan Azmeir.. hehe

0 comments:

Post a Comment