Thursday, December 17, 2009

Jek Video Di Senai

Pentas khas untuk ghazal dari Muar, Johor
Sound system mereka sekarang cukup maju, sedap bunyinya..
Nasib baik rumah Nora tak bergegar .. hehe

Dengan Trisno, semasa di Senai, kami akui kadang layan asyik juga mendengar irama ghazal yang diperdengarkan. Kumpulan Ghazal dari Muar, Johor tersebut memang pro dan otai .. Sound balancing nya amat baik hingga jelas kedengaran semua instrumen yang digunakan tanpa menenggelamkan suara / vokal penyanyi. Manakan tidak, speaker dan pentas yang tersedia, cukup besar dan sesuai untuk majlis Nora ini. Era persembahan ghazal terkini menyaksikan ianya semakin profesional dan bukan kampungan lagi (seperti yang aku sangka dulu.. hehe)

'Accordian' merupakan alat penting
dalam setiap persembahan ghazal


Bekerja dengan kawan photographer seperti Trisno, ternyata amat memudahkan aku membuat rakaman video. Untuk enjoy, kami selalu menyakat sesama sendiri. Trisno sebenarnya boleh menyanyi lagu ghazal dengan baik, kerana nafasnya pun panjang.. beliau turut pandai membuat lenggok suara, cuma sebab dia pemalu (macam aku juga), putus asa juga lah aku nak tengok dia nyanyi ghazal secara live .. hehe

Saudara Trisno - antara professional photographer di JB,
attitude dan cara kerja beliau turut
digemari rakan dan para clientnya.
Dia turut menganjurkan sesi belajar fotografi apabila ada kelapangan ..


Tatkala ghazal berkumandang, pengantin perempuan iaitu Sharifah Nora yang sedang menanti di tingkat atas, memang bergaya dengan baju mewahnya. Warna purple pekat, begitu mewarnai suasana majlis perkahwinan beliau yang gilang gemilang itu.

Pengantin perempuan, memang ceria dan berseri sentiasa ..

Selepas habis majlis, sesampai di rumah, dengan keletihan yang amat sangat, aku tetap kuatkan semangat dan tingkatkan daya fikir, untuk merancang penggambaran seterusnya iaitu
di Kluang Johor pula.... kalau sempat, boleh pekena kopi dan roti bakar di stesyen keretapinya yang terkenal itu. Job akan datang, bersama seorang lagi rakan foto iaitu sedara Adzrin Taib ..

0 comments:

Post a Comment