
Fresh flowers atau bunga hidup segar sangat digemari dan disenangi oleh kaum hawa. Dan sebagai seorang yang bakal bergelar Ratu Sehari, pengantin perempuan pun selalunya amat tertarik lagi concern dengan bunga-bungaan ini.
Fresh flowers amat indah jika kena cara gubahannya. Dengan warnanya yang pelbagai, ditambah dengan kepakaran dan kreativiti penggubahnya, sudah tentu bunga hidup segar ini dapat membantu mencantikkan persekitaran, khususnya di lokasi strategik pilihan pengantin, sebagai contoh - pelamin, meja jamuan, meja kek, pentas dan sebagainya.
Fresh flowers walaubagaimanapun, bukanlah murah. Ia membabitkan kos yang agak tinggi, apatah lagi jika digunakan dengan kuantiti dan pilihan bungaan yang banyak. Walaupun sumbangannya kepada sesuatu majlis tidak boleh dipertikaikan, namun ia tetap akan layu dimamah usia singkatnya.
Jadi, buatlah priority atau pelaburan lebih sikit ke atas VIDEO PERKAHWINAN (dan juga fotografi) yang aku atau kawan2 aku buat. Dua benda ni jer yang dapat membantu mengekalkan memori perkahwinan sehingga boleh dilihat kembali bukan hari ini sahaja, malah sepanjang hayat... hehe...
2 comments: