Thursday, November 5, 2009

Kamar Pengantin

Bilik pengantin , Yveth & suami, amat indah, kemas dan cantik.
Warna putih dindingnya yang sedikit bercorak, menggambarkan
suci dan luhurnya kasih sayang & cinta mereka berdua..

Masa kahwin dulu, bilik pengantin aku kelakar sikit. Kelakarnya bukan apa, bersepah dan tak terurus. Masuk video plak tu .. haha. Maka kelihatan lah dalam video perkahwinan aku tu, benda-benda yang tak sepatutnya ada, termasuklah beg plastik sampah, bakul, seterika yg wayarnya tercabut, baju yang tak berlipat dll. Nasib baik benda sensitif macam spender, aku urus dengan baik. Kalau tak, tentu malu diketawakan keluarga bila menonton video tu sama-sama.

Sekarang, bila aku shoot video pelanggan, seboleh mungkin, aku cuba dapatkan angle-angle yang baik, kemas, lawa dan tidak mengaibkan pengantin. Kadang2 aku sendiri, menyusun dan mengalih barangan yang tak perlu, mengelap cermin yang berdebu, menyorokkan lipstik yang patah dan macam2 lagi, demi membuatkan video tersebut kelihatan sempurna.

Kerja-kerja shooting sebegini, sememangnya memerlukan kerelaan dan keikhlasan hati. Kalau kita terlalu bersikap 'money oriented' mengejar upah dan duit semata-mata, tentulah benda2 kecil ni kita biarkan begitu sahaja. Namun, itu bukan kepuasan bekerja yang aku amalkan selama ini... hehe

2 comments:

  1. aritu sy sibuk search wedding videographer kat area johor ni tapi tak keluar pulak site ni. hmm nape ye
    ReplyDelete
  2. Mungkin sebab site ni agak low profile sikit cik.. tak berapa glemer .. hehe
    ReplyDelete