Wednesday, November 4, 2009

Bunting

Bunting atau banting merupakan satu elemen pemberitahu bagi sesuatu event atau majlis. Kini popularitinya meningkat sehingga turut diguna dalam majlis2 perkahwinan. Selain menjadi penunjuk arah, bunting turut digunakan sebagai alat hebahan, bagi menunjukkan 'siapa' yang akan berkahwin. Menggunakan percetakan inkjet, material yang digunakan dalam percetakan bunting ini disebut 'tarpauline'. Ia amat cantik jika didesign oleh orang-orang yang berkemahiran dalam bidang ini.

Aku cadangkan pengantin aku Hairi & wife,
bergaya depan bunting mereka, dalam satu shot video yg dibuat..


Member aku pernah bercerita, beliau memenuhi undangan perkahwinan sahabatnya di Larkin, JB. Dua majlis berjalan serentak pada hari dan waktu yang sama. Berdekatan pulak tu. Jika tidak kerana bunting yang terpamer di situ, sudah pasti dia salah rumah dan makan nasi beriani gam, di rumah pengantin lain, yang bukan kawannya !! Haha...

2 comments:

  1. penerangan yg baik bro.. syabas

    fendiARTZ
    ReplyDelete
  2. fendiARTS,
    Terima kasih bang..
    ReplyDelete