Kerjasama antara videographer dengan pengantinpenting untuk dapatkan hasil yang mabeles..
"Ala, senang jer!, anggap je awak tu international star" hehe
Salam ceria semua, maap zahir batin yer.. Hari ni baru nak sambung menulis..
Aku seorang lelaki yang tak berapa reti masak, TAPI keinginan tu tetap ada hehe. Suatu masa dulu, aku belajar masak asam pedas. Selepas menumis dan berasap asap dapur macam asap keluar dari tangan raksaksa yang lawan ultramen, akhirnya asam pedas aku pun siaplah.. haha. Sayangnya aku terlupa bubuh garam, jadi asam pedas aku tawar gile..
Begitulah dengan shooting video (dan foto juga) masa kini. Rata-rata, pengantin menyukai dan berkehendakkan sesi rakaman luar (outdoor session) ni. Video akan lebih menarik, cantik, bahkan meletopp.. Kena pulak dengan lagu tangkap leleh, takpun lagu rancak yang bersesuaian.. Pergh.. Bak kata orang cina, 'manyak syiook woo, wa crita pun tak gunaa' haha...
Dengan adanya elemen-elemen sebegini dalam sesuatu video perkahwinan, ibaratnya, asam pedas yang aku masak tadi jadi lebih sempurna sikit, cukup masinnya, dan sedap. Sebab tu, aku sendiri teramatlah suka shooting kat luar / outdoor ni. Luas, bebas dan tak terkongkong sangat. Hehe...
0 comments:
Post a Comment