Monday, October 26, 2009

Pilihan Warna Untuk Majlis Perkahwinan

Kulit dan wajah yang sedia cantik, hanya memerlukan solekan nipis,
tapi bersesuaian, untuk menyerlahkan keanggunan rupa paras.

Tatkala bekerja merakam video pengantin, aku kadangkala termenung seketika bila memikirkan fasal warna. Tuhan Maha Hebat!! Antara KehebatanNya ialah - kerana mewujudkan pelbagai warna yang begitu cantik sekali dan amat indah dipandang manusia.

Bercerita pasal warna, aku memang kagum dengan kepandaian pengantin, termasuk bakal-bakal yang nak kahwin tu, (khususnya perempuan lah..hehe) merancang dan meneliti semua aspek warna dalam majlis mereka agar nampak `padan' ataupun 'matching'. Kegagalan memilih warna yang baik, akan serba-sedikit mencacatkan pandangan mata. Lebih menyeramkan, kesilapan memilih warna yang baik, boleh turut menjejaskan mood majlis, bukan sahaja dimata para tetamu dan jemputan, bahkan kepada foto dan video yang dihasilkan.

Gabungan warna merah jambu (pink), memang selalu sangat menjadi pilihan para pengantin. Warna pink ini mudah disesuaikan dengan pakaian pengantin bewarna putih, tak kisahlah dari jenis fabrik apa sekalipun, termasuklah songket. Begitu juga dengan khemah, alas meja, mahupun pelamin bewarna putih. Dominasi warna putih, diselangi warna pink dan sedikit gubahan ros merah pekat, amat menarik perhatian aku sendiri tatkala berada di satu majlis yang aku cover.

Namun begitu, pink amat sesuai untuk menjadi pilihan pengantin perempuan yang bertubuh kecil molek, dan mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang. Pun begitu, padanan warna hitam dan merah, dalam satu majlis lain, tak kurang mewujudkan suasana yang garang, tapi begitu elegant dan serasi dengan pengantin berkenaan.

Jadi, bakal-bakal pengantin di luar sana, pandai-pandailah korang memilih warna yang bersesuaian nanti ... hehe

0 comments:

Post a Comment