Friday, October 23, 2009
Kawan Kawan Pengantin
Semua manusia dalam dunia ni mempunyai kawan. Dalam sesuatu majlis perkahwinan, gelagat kawan2 pengantin ni aku dapati, memang selalu menceriakan suasana. Best sangat. Beruntunglah pengantin, khususnya pengantin perempuan, bila ramai rakan-rakan mereka datang, sebelum/semasa majlis sedang berlansung. Kehadiran mereka amat membantu kerana:-
1. Pengantin dapat mengurangkan rasa stress. Memang ramai yang stress tau, tatkala majlis sedang berjalan. Satu cara untuk avoid, hehe.. kumpullah rakan ramai ramai. Tapi rakan2 tu, janganlah kepoh pulak sangat tau, nanti pengantin pulak pengsan.
2. Pengantin dapat berkongsi masalah semasa, dengan rakan-rakan mereka. Beliau perlu diberi perhatian. Melalui luahan seperti ini, perasaan pengantin dapat ditenangkan. Jika pengantin tenang & gembira, seri cahaya mereka akan 'naik' dan wajah mereka pasti semakin kelihatan cantek, bertenaga, lagi bercahaya ... hehe
3. Pengantin dapat berkongsi kegembiraan menjadi ratu sehari. Orang perempuan ni, memang gembira sangat pada hari gilang gemilang mereka, kerana saat ini lah era baru dalam hidup mereka bermula. Kegembiraan ini lah yang mereka hendak kongsi dengan rakan-rakan.
4. Pengantin selalunya tidak mengharapkan hadiah tatkala kamu datang. (tapi kalau korang bagi hadiah, mestilah lagi baik, kalau dapat hadiahkan peti sejuk sebesar almari pakaian, tersangatlahhhh cun... hehe). Kehadiran dan doa / ucapan selamat sebenarnya, sudah cukup membuat hati mereka happy.
Oleh itu, jika ada kawan-kawan kita yang nak kahwin, biarpun mereka duduk jauh, sila sila lah cari jalan untuk turut hadir sama dalam majlis mereka biarpun sedetik cuma, nescaya pengantin akan mengenang kamu, sepanjang hayat..
Pergh!!.... skema nya ayat aku yang terakhir ni... haha..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 comments: