Monday, October 19, 2009

Jek Video Ke Pasir Gudang

Gambar milik Azmeir di http://ekphotography.asia/myblog

Minggu lepas, aku ke Pasir Gudang, Johor. Job Video kali ini berpasangan dengan fotografer tenang, iaitu Azmeir. Semasa sesi outdoor, gelagat Azmeir betul betul macam sojar, bergolek-golek, meniarap, berbaring-baring atas rumput. (Ni kes nak dapat angle cun la ni).. Tinggal lagi, pakaian dia tak celoreng, dan senjata dia Dslr+lens berat.

Pemergian kami ke Pasir Gudang kali ini sengaja tidak dihebahkan kepada Tok Penghulu di situ iaitu incik Trisno.. hehe.. Sebab kami segan, Trisno selalunya begitu mengambil berat kehadiran tetamu. Kot-kot disuruh beraya ke rumah dia nanti, tak dapat lah kami menjalankan kerja, dengan sempurna.. Kekeke. Kami cuma dibentangkan karpet hijau (sejenis tumbuhan semulajadi atas tanah) oleh Naib Penghulu iaitu sedara Ajek (http://www.aizec.com)

Gambar milik Zarul Aizec di http://www.aizec.com

Walaupun berjawatan naib, sedara Ajek pun amat baik sekali layanannya. Sebagai engineer yang cekap bertindak, beliau serta merta mempelawa aku makan satay, briani, ketupat dll. Sedap dan kenyang sungguh!! Rupanya tempat jamuan itu bukannya rumah beliau, sebaliknya rumah jirannya... kekeke. Walaubagaimanapun, Ajek tetap mempelawa aku berehat di rumahnya. Beliau turut memberi kesempatan untuk mengetest videocamera aku untuk dipadankan dengan Panasonic Plasma 42" Full HD, milik beliau.

Waduh bapak2 dan ibu2 sekelian, sebaik sahaja ditayangkan file raw Avchd video aku tu, kami semua terkedu, tak sedar diri 7 saat. Cukuplah cerita kat sini je dulu.

Selamat pengantin baru dan ribuan terima kasih buat Wajihan & Syafik serta semuaaa ahli keluarga mereka. Aku cukup respek keluarga mereka. Tak ketinggalan, Pak cik Osman Jantan.. hehe

Pasir Gudang, Highway baru Ulu Tiram, Taman Dahlia, Taman Mawar, Surau dekat rumah Mazrul, dsb. semuanya memberi kenangan manis untuk coverage aku kali ini..

4 comments:

  1. Bukan otai la Reds, petai je.. hehe
    ReplyDelete
  2. jek...sorry bro, gua keluar daerah masa tue.
    kalu tak nak jugak tag along.
    ReplyDelete
  3. Mazrul, patut la kau kunci pintu pagar.. haha
    ReplyDelete