Tadi, Azmeir email satu lagi gambar aku, masa sesi 'phototalk' yang lepas.
Azmeir satu-satunya rakan foto yang diminta tolong oleh penganjur, agar, membawa kamera, untuk liputan malam tu. Almaklumlah, yang hadir tu semua adalah barisan jurufoto-jurufoto termasuk jurufoto perkahwinan, yang bukan calang-calang lagi handal-handal di JB ni (termasuklah si Azmeir tu sekali). Penganjur cuak, kalau dibenarkan semua bawak kamera, takut tempat tu jadi gelanggang kilat sabung menyabung dek cahaya flash masing-masing. Sudahnya, kang mat Itali tu tak boleh bercakap pulak nanti. Hehe..
Ok, dalam video, setahu aku, istilah atau teknik Point-of-view merujuk kepada kaitan (relation) antara muka/wajah/expressi si subjek dengan apa yang sedang dilihatnya. Maka, pada satu ketika, aku pun ke depanlah untuk dapatkan POV si Alessandro tu. Teknik POV ni best jugak kerana aku dapat melihat gelagat kawan-kawan yang khusyuk dengar speech tu.. Boleh kata semuanya bermata terang, fokus dan berminat terhadap apa yang diperkatakan. Kalau kuliah kat surau, rasanya separuh tentu dah tidor tu.. siap ada yang berdengkur ... (termasuk aku kot .. hehe)
Tapi yang menarik dalam gambar ini ialah Point-Of-View si Azmeir pulak selaku jurugambar,
.... terdapat satu Iklan Stokin yang tidak disengajakan..... hehe...
9 comments: